Terkejut Mahu Jala Ikan, Bom Mortar Pula Yang Naik

Online
11-23-2017, 03:03 PM,
#1
resim
Bom mortar yang tersangkut di jala. FOTO ihsan polis

resim

LELAKI yang menjala ikan di Sungai Kepayang, Seremban, malam semalam, terkejut apabila mengetahui objek tersangkut pada jala adalah bom mortar.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 24 tahun terbabit membawa objek berkenaan ke Balai Polis Rahang, Seremban, kira-kira 7 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit ternampak objek berkarat seakan bom tersangkut ketika menarik jala lalu membawanya ke balai untuk pengesahan.

“Pakar unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dipanggil menjalankan siasatan dan mengesahkan ia adalah bom mortar berukuran 60 milimeter.

“Ia dipercayai digunakan dalam latihan untuk mengukur jarak pelancaran bom apabila disasarkan atau dilancarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bom berkenaan dibawa ke lokasi selamat untuk tindakan pemusnahan.

Thiew turut menasihati orang ramai sekiranya terjumpa objek menyerupai bom agar tidak mengalih dari tempat dijumpai kerana dikhuatiri masih aktif. - Metro

Possibly Related Threads...
Pandai Pula Merayu
Rugi Belajar Jauh-jauh? Saya Selamatkan Pesakit, Apa Yang Anda Buat? Tengok Blue?
Viral Gadis Tunjuk Aksi Guna Lidah Yang Terbelah Dua
1,500 Pengunjung Berebut Ikan Murah Cuma Rm5 Sekilo Di Klang
Jual Ikan Rm5 Sekilo
Pasangan Sprm Yang Dicekup Khalwat Hadir Beri Keterangan Di Jais
Kedai Bundle Jual Baju Sehelai Rm1 Bantu Ramai Yang Kesempitan Hidup
Unik Pancing Ikan Belanak Pakai Botol
Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150
Mesir Umum Penemuan Mumia 3,500 Tahun Yang Belum Pernah Disentuh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 73
Terkejut Mahu Jala Ikan, Bom Mortar Pula Yang Naik
sukawg
113854
Forum Jump: