Terpaksa Serah 3 Dari 10 Anaknya Kerana Hidup Susah

Offline
12-12-2014, 11:21 AM,
#1
resim

Johor Bahru: “Saya terpaksa berbuat demikian supaya mereka tidak kelaparan,” kata seorang wanita dari Kampung Plentong Baru di sini, yang terpaksa menyerahkan tiga daripada 10 anaknya kepada orang lain untuk dijaga kerana kesempitan hidup.

Mahu dikenali sebagai Norwati, 46, dia menganggap dirinya ibu tunggal kerana suami yang sepatutnya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga menghilangkan diri sejak lebih setahun menyebabkan dia berseorangan melaksanakan tugas dalam keluarga yang besar itu.

Katanya, walaupun dua daripada anaknya yang berusia 21 dan 22 tahun sudah berkahwin sejak setahun lalu, namun tidak banyak yang dapat dibantu kerana kehidupan mereka juga sering dihimpit masalah kesempitan wang.

“Kerana kesempitan hidup, kami sering mengikat perut termasuk anak bongsu yang masih bayi kerana tidak mampu membeli makanan berikutan tiada wang.

“Justeru, saya fikir biarlah sebahagian anak saya dibela keluarga angkat asalkan tidak kelaparan,” katanya yang menyerahkan seorang anak perempuan berusia dua tahun, anak lelaki berusia 11 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan anak bongsu berusia empat bulan kepada keluarga angkat berlainan sejak sebulan lalu.

Menurut Norwati, buat masa ini dia menanggung lima lagi anaknya yang berusia empat hingga 18 tahun dengan bekerja sebagai pembantu kedai kain di sebuah pasar raya besar di Plentong dengan gaji RM900 sebulan.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak itu, dia perlu membayar sewa rumah RM350 sebulan serta menyediakan keperluan sekolah dan makanan anak.

“Sudah tentu ia jauh daripada mencukupi dan keadaan itu menyebabkan anak terpaksa mengikat perut kerana mereka tahu saya tidak mampu membeli makanan apabila kehabisan wang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Bagaimanapun, Norwati berkata, dia bersyukur kerana masih ada individu sanggup membantunya dengan sudi mengambil tiga anaknya termasuk berstatus OKU sebagai anak angkat.

Malah, katanya, memahami hubungan seorang ibu dengan anak tidak akan putus, keluarga angkat tiga anaknya itu tidak keberatan menghantar mereka pulang ke rumah untuk bersamanya terutama pada hujung minggu sekali gus dapat mengubat kerinduannya.

“Soal suami, saya sudah malas fikir kerana sebelum ini saya pernah memberi peluang kepadanya beberapa kali apabila dia menghilangkan diri dan kembali semula.

“Kami juga sudah dua kali rujuk di Mahkamah Syariah, namun dia masih tidak berubah. Sebelum kali terakhir menghilangkan diri, dia memberitahu tugas membesarkan anak adalah tanggungjawab saya dan perlu menjaga amanah itu,” katanya.

Norwati dalam pada itu turut merayu pihak pengurusan sekolah anaknya supaya menerima semula anak kelimanya berumur 14 tahun yang dibuang sekolah pertengahan tahun ini kerana kerap tidak hadir.

“Anak perempuan saya itu ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya kerana kadang-kadang saya terpaksa bekerja lebih masa dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk mencari pendapatan lebih.

“Saya harap dia dapat menyambung semula persekolahannya pada penggal baru tahun depan kerana tidak mahu dia tercicir, lagipun adik-adiknya kini sudah diserahkan kepada keluarga angkat dan dia boleh menumpukan perhatian kepada pelajarannya,” katanya.

Possibly Related Threads...
Ibu Dan 10 Anaknya Makan Nasi Barlauk Garam
Diusir Dari Rumah Sewa, 4 Beranak Duduk Dalam Reban Ayam
Doktor Masuk Tiub Dari Paha, Ikut Jantung Dan Terus Ke Mata Adib
Isteri Terpaksa Berhutang Jiran Beli Susu, Lampin Suami Terlantar Kemalangan
Bantulah : Terpaksa Berhutang Beli Beras
Nenek 100 Tahun Hidup Serba Daif Di Kampung Nelayan Teluk Bahang
[hmetroonlinesetmpt]_ibu Terpaksa Catu Makanan
[hmetroOnlineSetmpt]_‘Bagai mayat hidup’
Warga emas toreh getah untuk teruskan hidup
New_Pilu seorang bapa terpaksa merempat di kaki lima



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 540
Terpaksa Serah 3 Dari 10 Anaknya Kerana Hidup Susah
sukawg
91224
Forum Jump: