Tiada Lagi Kad Merah, Pengadil Terus Keluarkan Pistol

Offline
10-01-2015, 07:21 AM,
#1
resim
resim

RIO DE JANEIRO, Brazil – Seorang pengadil sudah tidak kisah dengan kad merah. Dia terus keluarkan pistolnya.

Keadaan mula menjadi kecoh sewaktu satu perlawanan bola sepak liga amatur sedang berlangsung hujung minggu lalu di timur laut Brazil apabila pemain simpanan dan jurulatih Amantes da Bola menyerbu ke padang sebagai tindak balas kepada apa yang mereka sifatkan permainan berbahaya oleh lawan mereka Brumahdinho.

Pengadil, yang merupakan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Gabriel Murta oleh portal berita Globo, telah ditendang dan ditampar dalam kekecohan itu. Jadi, di sebalik mengeluarkan kad dari koceknya, dia pergi ke bilik persalinan untuk mendapatkan senjata apinya.

Rakaman video yang disebarkan semalam menunjukkan pengadil itu, yang berpakaian kuning dan hitam, mengacukan pistol ke arah pemain-pemain sebelum dibawa pergi oleh pegawai perlawanan lain.

Tiada penangkapan dilakukan, tetapi menurut Globo pengadil itu akan menjalani penilaian psikologi dan mungkin berhadapan dengan tindakan disiplin. – AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
2 Gadis Dikenduri Di Ketereh: 5 Dipenjara 22 Tahun, 2 Lagi Dipenjara 18 Tahun
Doktor Keluarkan Cawan Pecah Dari Dalam Dubur Lelaki
Kem Motivasi Bogel: 6 Lagi Tak Mengaku Salah, Minta Dibicara
Rakaman Lelaki Rakam Bawah Skirt Wanita, Dilepaskan Kerana Tiada Bukti
Pemandu Uber Diugut Tuduh Merogol Kerana Dalam Kereta Tiada Pengecas Telefon
Gadis Dakwa Diperkosa 3 Lelaki Dalam Bilik Tidur Ketika Ibu Bapa Tiada
Lagi Kes Besi Bulat Tersekat Pada Alat Sulit
Lagi Kes Cincin Besi Tersekat Pada Alat Sulit
Tak Tahan Dipaksa Kahwin Lagi, Lelaki Potong Kemaluan Sendiri
Tak Tertahan Lagi, Isteri Repot Polis Suami Gila Seks



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 637
Tiada Lagi Kad Merah, Pengadil Terus Keluarkan Pistol
sukawg
98634
Forum Jump: