Tikam Pemandu Bas Tinggalkannya Ketika Ke Tandas, Lelaki Cuma Dipenjara 5 Hari

Online
12-07-2017, 04:32 PM,
#1
resim
KONG Yeow How (kiri) dipenjara lima hari dan denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kangar selepas menikam seorang pemandu bas secara tidak sengaja dengan meninggalkannya di Alor Setar, Kedah, pada 16 November lalu.- Foto Azhar ramli

KANGAR: Seorang peniaga dihukum penjara lima hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan menikam seorang pemandu bas yang secara tidak sengaja meninggalkannya di Alor Setar, Kedah pada 16 November lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Shamshol Azwa Martadza, selepas tertuduh, Kong Yeow How, 42, mengaku salah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Melalui keputusan sama, tertuduh juga boleh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Yeow How yang berasal dari Kaki Bukit, di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Fakhri Yahya, 33, menggunakan pisau di Stesen Bas Kangar, di sini, pada jam 11.02 pagi hari kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Asmaniza Abdullah.

BH sebelum ini melaporkan seorang pemandu bas yang tertinggal penumpang di dalam tandas di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, parah ditikam dalam kejadian di Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi, di sini.

Mangsa menerima tiga jahitan selepas ditikam di bahagian belakang badan dengan pisau oleh penumpang yang secara tidak sengaja ditinggalkannya itu.

Suspek yang menyembunyikan diri kira-kira dua minggu selepas kejadian itu, kemudian ditahan di rumah keluarganya di Kaki Bukit, di sini, Isnin lalu. - BHarian

Possibly Related Threads...
Tikam, Gilis Bmw: Ingatkan Gaduh Biasa, Kata Pekerja Stesen Minyak
Lelaki Mati Ditikam, Digilis Bmw Di Stesen Minyak Shell
Gara-gara Tegur Mat Rempit, Pemandu Ambulans Dibelasah, Jururawat Diterajang
Zurin, Wedding Planner Penipu Didakwa Lagi Hari Ini
Lelaki Pakai Telekung, Solat Bersama Jemaah Sebelum Curi Beg Tangan
4 Lelaki Didakwa Hari Ini Bunuh Lelaki Curi Motosikal
Bunuh, Bakar Tanjung Sepat: Teman Lelaki Anak Mangsa Ditahan, Kes Dianggap Selesai
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000
Budak Tertembak Senapang Patah, Datuk Dan Pakcik Direman 7 Hari
Belah Perut Buaya, Cari Lelaki Hilang Di Sarawak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Tikam Pemandu Bas Tinggalkannya Ketika Ke Tandas, Lelaki Cuma Dipenjara 5 Hari
sukawg
114159
Forum Jump: