Tips Mendapat Ribuan 'likes' Melalui Entri Di Facebook.

Offline
12-23-2013, 08:52 AM,
#1
resim
resim

Banyak tips dan panduan untuk mendapatkan ribuan likes. Sebenarnya, dah banyak blog yang telah melakukannya. Tiada muslihat, tiada penggunaan software dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menulis entri tersebut ikut sesedap rasa dan kemudian kongsikan di Facebook. Dan perkongsian itu telah membuahkan hasil. Serius berbaloi.

Berikut adalah pendedahan teknik dan cara bagaimana dua entri mendapat lebih daripada 3000 likes menerusi Facebook. Anda boleh praktikkan cara ini. Namun saya nasihatkan anda tak semestinya dua tiga kali buat cara ini anda akan berjaya ya. Banyak aspek lain diambil kira, tetapi saya kongsikan mana yang ada.







Quote:Tips 1 - Pendapat Ikhas dan Bernas Anda

Tulis entri berkaitan pendapat. Selalunya pendapat ini ada dua kategori, satu untuk memuji, satu lagi untuk menghentam ... tapi, saya lebih suka buat entri berdasarkan pendapat ikhlas. Dan untuk memberikan impak, lihat isu, cerita, serta berita terhangat yang sedang diperkatakan. Pertuturkan pendapat anda seikhlas mungkin berdasarkan apa yang difikirkan betul dan benar. Jangan terlalu bercerita soal isu, tetapi bercerita tentang apa yang anda fikirkan, fakta-fakta anda, bukti-bukti anda, pengalaman-pengalaman anda.



Tips 2 - Berikan Jawapan Kepada Masalah Ramai

Tulis entri berkaitan informasi yang boleh memberikan jawapan kepada masalah orang lain. Bermaksud anda berikan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya nampak banyak blog hebat yang kongsikan informasi seperti tips, tutorial berjaya mendapat facebook like kerana entri-entri yang disediakan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk lebih cepat mendapat perhatian, saya syorkan anda melihat permasalahan sekeliling. Apa yang sering orang ramai rungutkan. Sebagai contoh, servis Maxis, servis Astro, P1 Wimax kurang memuaskan, dan anda cuba selesaikan ikut cara anda, kongsikan pengalaman anda itu dan berikan penyelesaian kepada orang lain untuk hadapi masalah itu.



Tips 3 - Mudahkan Orang Lain Mengetahui Mengenainya

Tulis entri yang memudahkan orang lain mengetahuinya. Contohnya macam anda pergi ke laman web organisasi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan. Dalam laman web itu ada banyak informasi berguna yang boleh anda kongsikan. Cuba cari mana-mana bahagian penting yang nampak susah nak akses, tetapi anda buat satu entri mengenai bahagian tersebut. Contohnya, dalam laman web Kementerian Pendidikan ada portal untuk semak keputusan peperiksaan sekolah. Maka anda ambil butiran bahagian tersebut dan jadikan entri anda. Buat menggunakan bahasa anda sendiri, dan kalau boleh anda tunjukkan cara dan kaedah berdasarkan pengalaman anda sendiri menggunakannya.



Video Hiasan








Possibly Related Threads...
Tips Menyimpan Duit Setiap Bulan Untuk Golongan Muda-mudi.
Parking Lot - Tips Keselamatan Untuk Wanita.
Tips Cara Baru Rebus Telur Yang Lebih Special.
20 Tips Menjimatkan Duit - Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik Kan? Tak Reti-reti?
Kerana Facebook
Mlm Mendapat Pahala...
Tips Sujud Syukur
Petua Mendapat Anak Soleh/solehah :



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 776
Tips Mendapat Ribuan 'likes' Melalui Entri Di Facebook.
Reez Ramsey
80337
Forum Jump: