Tonton Tv Tingkat Risiko Darah Beku Walaupun Rajin Bersenam

Offline
11-14-2017, 10:04 PM,
#1
resim
resim

NEW YORK 13 Nov. – Menonton televisyen dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat darah beku sebanyak dua kali ganda, termasuk mereka yang rajin melakukan senaman.

Berdasarkan kajian Universiti Perubatan Vermont, golongan yang sering menonton televi­syen dan melakukan aktiviti fi­zi­kal berisiko mendapat darah beku 1.8 kali lebih tinggi berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah menonton.

Mail Online melaporkan, kajian tersebut dilakukan terhadap seramai 15,158 peserta berusia antara 45 hingga 64 tahun di seluruh Amerika Syarikat.

Ketua penyelidik, Dr. Mary Cushman berkata, menonton televisyen menjadi aktiviti yang teruk apabila ada golongan yang cenderung makan snek dengan lebih banyak sambil menonton yang akhirnya boleh menjejaskan kesihatan.

“Penyelidikan tersebut me­li­­puti kajian pembentukan darah beku dalam saluran darah kaki, tangan, pelvis serta paru-paru yang lebih dikenali sebagai tromboebolisme vena (VTE).

“Kajian itu mendapati biar­pun gemuk sering dikaitkan de­ngan golongan yang sering m­enonton televisyen, namun ha­nya kira-kira 25 peratus daripada peningkatan risiko pembentukan darah beku dapat dijelaskan dengan gemuk,” katanya.

Cushman turut mencadangkan masyarakat boleh melakukan senaman atas mesin larian atau kayuhan sambil menonton tele­visyen untuk memperoleh akti­viti yang sihat dan bermanfaat.

Selain itu, beliau juga menya­takan melambatkan tempoh me­nonton televisyen selama 30 minit atau merakam rancangan kegemaran terlebih dahulu dan menontonnya kemudian juga bo­leh membantu masyarakat menjadi lebih sihat. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ramai Masih Minta Duit Dengan Ibu Bapa Walaupun Sudah Bekerja
Wanita Viralkan Honda Crv Dicuri, Rupanya Cari Di Tingkat Yang Salah
Infografik Kes Ratah Darah Daging Sendiri Di Malaysia Sepanjang 2017
Disangka Ada Buang Janin, Rupanya Hanya Tumpah Darah
Pesakit Tonton Filem Hindustan Sambil Otaknya Dibedah Doktor
Rakaman Amoi Terjun Dari Tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah
Tahfiz Dibakar: Darah Jenazah Mengalir Ketika Dimandikan, Kata Pengetua
Viral Histeria Ketika Tonton Annabelle, Sebenarnya Kaki Kejang
Bihun Sup Cekik Darah: Memang Itu Harganya, Kata Peniaga
Darah Beku Dikeluarkan Dari Kepala Cikgu Yang Stress



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 28
Tonton Tv Tingkat Risiko Darah Beku Walaupun Rajin Bersenam
sukawg
113648
Forum Jump: