Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti

Offline
09-29-2016, 02:46 PM,
#1
resim 
Anggota Pasukan Penyiasat Bersama ketika membentangkan hasil siasatan jenayah selama dua tahun tragedi MH17 ditembak jatuh di Ukraine. - Foto AFP

Nieuwegein, Belanda: Pasukan yang melakukan siasatan jenayah kejadian pesawat MH17 milik Malaysian Airlines (MAS) yang ditembak jatuh pada Julai 2014 menyatakan ia sedang menyiasat 100 orang yang mungkin terbabit dalam kejadian itu.

Wilbert Paulissen yang mengetuai siasatan oleh polis Belanda berkata, pasukan penyiasat bersama mengenal pasti 100 orang yang boleh dikaitkan dengan MH17 ditembak jatuh atau yang mengangkut sistem peluru berpandu BUK- TELAR.

Ketua pasukan penyiasat, Fred Westerbeke, berkata semua mereka dipercayai terbabit secara langsung, termasuk mengangkut sistem peluru berpandu berkenaan untuk menembak jatuh MH17.

Namun menurutnya, senarai mereka yang disiasat itu belum boleh dijadikan suspek rasmi.

Seperti dijangka, hasil siasatan itu tidak akan mendedahkan sebarang nama namun mengenal pasti jenis senjata dan lokasi dilancarkan.

“Siasatan kami memutuskan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK siri 9M83 di tumur Ukraine yang dibawa dari wilayah Persekutuan Russia. Pelancar peluru berpandu itu kemudian dikembalikan ke wilayah Russia,

"Siasatan kami menunjukkan ia dilancarkan dari lokasi yang dikuasai pemberontak sokongan Russia,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap kerajaan Russia, Dmitry Peskov, menegaskan data yang disediakan kerajaannya menunjukkan tiada peluru berpandu dalam kejadian itu dan jika membabitkan peluru berpandu, ia dilancarkan dari wilayah lain, bukan dari wilayah yang dinyatakan pasukan penyiasat.

Ukraine dan negara Barat mendakwa kuat pemberontak pro-Russia menembak jatuh pesawat berkenaan menggunakan peluru berpandu yang dibekal Russia namun pemberontak serta Russia berterusan menafikan terbabit dalam kejadian itu sebaliknya menuduh ia dilakukan kerajaan Ukraine. - Metro

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Inkues Tragedi Letupan Pesawat Mh17 Bermula



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 286
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
sukawg
104986
Forum Jump: