Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan

Offline
06-06-2017, 02:05 PM,
#1
resim
MEKANIK tentera Rusia bergambar berlatarbelakangkan sistem pertahanan BUK 332 yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada Julai 2014. - Bellingcat

resim
MEKANIK yang sama duduk di bahagian depan sistem pertahanan BUK 332. - Bellingcat.

resim
GAMBAR mekanik berlatarbelakangkan kotak penyimpan peluru berpandu Kurag yang berwarna merah jambu. - Bellingcat.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan penyiasat bebas mendedahkan beberapa keping gambar seorang jurutera tentera Rusia bergambar dengan sistem pelancar peluru berpandu BUK yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine kira-kira tiga tahun lalu.

Portal Mail Online melaporkan, gambar itu dipercayai diambil pada awal tahun 2013 oleh seorang mekanik Rusia yang bergambar bersama sistem senjata pertahanan BUK 332 tersebut.

Gambar yang disiarkan menerusi portal oleh kumpulan penyiasat Bellingcat, menunjukkan senjata itu merupakan sebahagian Brigade Peluru Berpantu Anti Pesawat ke-53 Rusia.

Jelas Bellingcat, gambar BUK 332 itu boleh dikaitkan dengan kawasan simpanan senjata berkenaan yang juga menunjukkan sebuah kotak penyimpan peluru berpandu Krug berwarna merah jambu yang pernah dilihat pada Ogos 2014.

Gambar itu dipercayai diambil di sebuah kawasan di Marshala Zhukova, dekat Kursk, Rusia.

Beberapa foto berasingan menunjukkan mekanik itu berdiri di depan sebuah kenderaan tentera lain dan pelancar misil S-300 9A85 yang diambil pada 2013.

Imej itu tersebar sejak beberapa bulan lalu selepas penyiasat antarabangsa berkata, roket yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine, dilancarkan dari kawasan pemberontak pro-Moscow dan sistem pertahanan terbabit dialihkan ke Rusia.

Senjata itu dilancarkan di kawasan kampung Pervomaysk pada 17 Julai 2014, menyebabkan pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dan mengorbankan 298 penumpang serta anak kapal.

Ukraine menuduh Rusia terlibat dalam tragedi itu tetapi Moscow menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan siasatan pihak antarabangsa berat sebelah dan bermotifkan politik.

Siasatan itu dilaksanakan bersama oleh kerajaan Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine. - MStar

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Gambar Serpihan Peluru Berpandu Buk Didedahkan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 167
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
sukawg
110678
Forum Jump: