Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia

Offline
09-29-2016, 02:44 PM,
#1
resim 
Ketua penyiasat polis Belanda Wilbert Paulissen ketika sidang media hasil siasatan jenayah Pasukan Penyiasat Bersama tragedi MH17 hari ini, dengan di belakangnya menunjukkan sistem mudah alih peluru berpandu BUK yang digunakan bagi menembak jatuh pesawat berkenaan.

Nieuwegein, Belanda: Pasukan penyiasat diketuai Belanda menemui bukti pelancar mudah alih peluru berpandu BUK digerakkan dari Russia ke timur Ukraine ketika pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) ditembak jatuh pada Julai 2014.

Pasukan penyiasat juga mengesahkan peluru berpandu itu ditembak dari satu padang dalam kawasan yang ketika kejadian dikuasai pemberontak pro-Russia.

Dalam hasil siasatan yang diberitahu kepada keluarga mangsa hari ini sebelum sidang media, pasukan itu menyatakan mereka mempunyai bukti, termasuk pintasan perhubungan dan data radar bahawa pelancar BUK digerakkan ke timur Ukraine dari Russia sebelum dikembalikan ke Russia selepas pesawat Boeing 777 ditembak.

Pasukan penyiasat itu dianggotai polis dan pegawai perundangan Belanda, pegawai dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine, bagi mencari bukti terbaik untuk digunakan bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab, melakukan siasatan selama dua tahun terhadap tragedi yang mengorbankan 298 nyawa, sebahagian besarnya rakyat Belanda.

Pasukan itu serta pendakwa raya tidak boleh mengemukakan dakwaan namun keluarga mangsa mendesak maklumat lengkap kejadian dengan harapan dapat memfailkan tuduhan jenayah terhadap pihak yang bertanggungjawab yang dikenali pasti daripada siasatan itu.

Bukti diperolehi pasukan penyiasat mencabar dakwaan Russia bahawa pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh tentera Ukraine. - Metro

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Keluarga Mangsa Saman Presiden Putin, Russia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 306
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
sukawg
104985
Forum Jump: