Tukang Masak Didenda Rm800 Bergaduh Di Restoran Tom Yam

Offline
01-12-2018, 11:17 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Dua tukang masak warga Thailand dan Indonesia masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari kerana bergaduh sesama mereka di dalam sebuah restoran menggunakan besi lentur dan getah paip.

Majistet Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhi hukuman itu ke atas Thavorn Rangkavong, 39, dan Abri Supardi, 32, selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di dalam restoran Kak Mah Tom Yam, Jalan Raja Abdullah, di sini, kira-kira 1.30 tengah hari, pada 29 Dis lalu.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara satu bulan jika gagal bayar denda. Mereka membayar denda itu.

Thavorn, warga Thailand manakala Abri warga Indonesia didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum, manakala Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira faktor kepentingan awam kerana insiden itu berlaku di tempat awam iaitu di restoran. - Bernama

Possibly Related Threads...
Kapal Persiaran Patah Balik Gara-gara Penumpang Bergaduh Kerana Tandas
Tukang Massage Rotan Anak Hingga Lebam 9 Tahun Lepas Didakwa Hari Ini
Lelaki Minum Ketum Mahu Ubati Kencing Manis Didenda Rm2,300
Gadis Kolej Mati Lepas Bergaduh Dengan Teman Lelaki
Tampar Pekerja Lambat Potong Ayam, Lelaki Didenda Rm1,800
Budak Sanggup Belanja Rm800 Ubahsuai Basikal Lajak
Lelaki Britain Didenda Rm6,000 Guna Nombor Plat Abd1
Pukul Anak Jiran Dengan Penyangkut Baju, Lelaki Didenda Rm1,700
Malu Diketawakan Kerja Tukang Cuci Kereta, Lelaki Tikam Wanita 88 Kali
Bergaduh Dengan Jiran Berebut Parkir, Wanita Didenda Rm500



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 45
Tukang Masak Didenda Rm800 Bergaduh Di Restoran Tom Yam
sukawg
115064
Forum Jump: