Tulang Tertanam Sedalam 0.61 Meter Di Lokasi Nahas Mh17

Offline
08-20-2015, 09:41 PM,
#1
resim
Suasana di kawasan pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Foto Malaysia Gazette

Impak daripada kebakaran dan hempasan semasa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 menyebabkan sebahagian tulang mangsa tertanam sedalam 0.61 meter (dua kaki) di bawah tanah, kata Ketua Penolong Pengarah D13 (Bank Data/DNA), ACP Hussein Omar Khan.

Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tragedi MH17 itu berkata, tulang mangsa ditemukan tertanam dalam tanah ketika pasukan pemulihan melakukan misi terakhirnya pada April tahun ini.

"Sehingga April tahun ini, hanya 296 mangsa mempunyai identiti positif manakala dua mangsa lagi tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, pasukan pemulihan membuat misi akhir April lepas," katanya dan menambah hanya Belanda dan Malaysia pergi ke misi itu kerana Australia merasakan ia berisiko tinggi.

"Kami menggunakan kereta berperisai dan kalis peluru untuk memasuki lokasi nahas," katanya dalam ceramah bertajuk 'Mass Fatality Investigation: The MH17 Experience' pada Persidangan Antarabangsa mengenai Forensik Alam Sekitar anjuran Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Pesawat MAS Boeing 777 itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam ketika terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Hussein berkata semasa misi akhir itu, pasukan pemulihan terpaksa menggali kawasan nahas itu kerana ada tulang yang dijumpai tertanam di situ.

"Forensik arkeologi digunakan bagi pencarian kali ini. Agak mengejutkan apabila kami menjumpai tulang berukuran 40cm dan tertanam sedalam 0.61 meter dalam tanah," katanya.

Hussein berkata selepas misi akhir itu, pasukan pemulihan percaya dua mangsa terakhir sudah dikenal pasti dan 99 peratus operasi pemulihan telah selesai.

"Kini rumput sudah tumbuh di lokasi nahas dan tidak mungkin pasukan pemulihan ke sana lagi melainkan jika terdapat apa-apa keperluan," katanya. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 545
Tulang Tertanam Sedalam 0.61 Meter Di Lokasi Nahas Mh17
sukawg
97819
Forum Jump: