Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir

Offline
05-16-2015, 08:50 PM,
#1
resim

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, walaupun bapa Najib, Tun Abdul Razak merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak sanggup melihat Umno tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.

"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Dr Mahathir berkata, berdasarkan perhitungannya yang mendalam, Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam PRU akan datang jika terus dipimpin Najib selepas tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Katanya, pendekatan Najib yang berbeza dengan bapanya hanya menyebabkan orang Melayu kini mengalihkan sokongannya daripada Umno.

“Dia jadikan Umno satu organisasi yang buruk, orang tidak suka. Banyak orang muda sekarang ini tak nak jadi ahli Umno pun.

“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat sebab dia tidak berdamping macam bapa dia dulu. Bapa dia dulu pergi ke kampung-kampung. Dia (Najib) tidak jumpa. Kalau nak, jumpa ketua bahagian. Panggil ketua bahagian cerita karut-karut, lepas itu ketua bahagian sokong.

“Sebab itu, Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Umno yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu menidakkan kepada sokongan kepada bangsa, agama dan negara,” katanya.

Ketika diusik hadirin isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca kekalutan pemerintahan Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak mahu sebut yang itu. Di situ pun banyak yang tidak kena."

Dr Mahathir sekali lagi mempersoalkan kemewahan keluarga Najib dan berkata ia boleh mengundang rasa kurang senang di kalangan rakyat.

"Ada ahli keluarga beli cincin harga RM25 juta, beg Hermes, satu-satu RM100,000. Barangkali pasal banyak la dapat duit ini dari kecil menabung. Yang bukan-bukan. Dulu tidak ada pula. Sekarang ada.

"Kita tanya daripada mana mai duit ni? Dulu tidak ada, beg, cincin tidak ada. Sekarang ada, bila jadi keluarga perdana menteri. Saya tidak sebutlah isteri.

"Saya dulu biasa jadi perdana menteri, permulaan gaji saya RM8,000 sebulan. Lepas pencen 22 tahun jadi perdana menteri, gaji saya RM20,000 sebulan. Lebih dari cukup. Nak makan banyak mana?" kata Dr Mahathir. – 16 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tun M Jaguh 'u-turn' - Pm Najib
Padah Sekeping Gambar Najib Pembaca Berita Rtm Mandarin Tanpa Visual Sokongan
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
Jet Baru Najib Boleh Hentikan Penculikan Di Sabah, Soal Dr M
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Masih Ramai Kurang Puas Hati 13 Jawapan Najib
Buka Pekung Sendiri Jejaskan Imej Umno
Dr M: Najib Tak Jawab Apa-apa Pun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 706
Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir
ringgit maker
95697
Forum Jump: