Tunafoto Adalah Maksud Untuk Photobomb, Kata Dewan Bahasa & Pustaka

Offline
10-12-2017, 05:40 PM,
#1
resim
Photobomb = tunafoto, tiada kaitan dengan ikan.

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendedahkan beberapa perkataan baharu dalam bahasa Melayu menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

Dengan tajuk 'Peka Bahasa - Istilah Semasa', DBP memaklumkan terma dalam bahasa Melayu bagi empat perkataan Bahasa Inggeris, yang sering digunakan pada hari ini.

Perkataan tersebut adalah kata pikat (pick-up line), meridap (nap), swafoto maut (killfie) and tunafoto (photobomb).

Perkataan swafoto maut bermaksud mengambil gambar sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya, seperti di tepi tebing atau di atas bangunan tinggi.

Namun ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan tuna bagi terma bahasa Melayu itu, yang biasanya digunakan yang membawa maksud ikan tuna dalam bahasa Inggeris.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tuna juga bermaksud luka atau rosak yang digunakan untuk menterjemahkan perkataan photobomb.

Tunafoto bermaksud gambar yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. - MStar

Possibly Related Threads...
Cikgu Bahasa Melayu Didenda Rm100 Hantar Whatsapp Tak Sopan
Game Tekan Dada: Otak Boleh Rosak Kekal, Kata Pakar
Cikgu-cikgu Kurang Pandai Dipecat, Gagal Peperiksaan Untuk Murid 6 Tahun
Pencuri Pun Makin Canggih, Paksa Imbas Kod Qr Untuk Tuntut Bayaran
Berak Di Dobi: 2 Beranak Mungkin Ada Masalah Mental, Kata Jiran
Pemandu Teksi Ditahan Caj Rm950 Untuk Perjalanan 10km
Ular Sawa Kena Goreng Untuk Dimakan Lepas Gigit Seorang Penduduk
Dera Bukan Budaya Tentera, Kes Terpencil, Kata Panglima Atm
Ibu Ditahan Tinggalkan 4 Anak Untuk Pergi Melancong
Dobi Islamik Cuma Strategi Pemasaran, Kata Pemilik Dobi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 76
Tunafoto Adalah Maksud Untuk Photobomb, Kata Dewan Bahasa & Pustaka
sukawg
113274
Forum Jump: