Tuntut Rm20 Juta: Geran Asal Hilang, Tiada Rekod Di Pejabat Tanah

Online
01-11-2018, 06:26 PM,
#1
resim
RUMAH yang masih belum dirobohkan untuk tujuan pembangunan negeri berikutan masalah pampapasan dan hak milik di Kampung Tanjung. FOTO Ghazali Kori

resim
WAN Mokhtar Wan Yusof@Yusop, 66, di rumahnya yang masih belum dirobohkan untuk tujuan pembangunan negeri berikutan masalah pampasan dan hak milik di Kampung Tanjung. FOTO Ghazali Kori

BAYAR RM20 juta, bukan RM20,000. Itu tuntutan pemilik rumah kayu tradisional dua tingkat di Kampung Tanjung Kelab Pantai, Kuala Terengganu yang masih utuh di tengah tapak projek pembinaan manakala kediaman lain di sekeliling kawasan itu sudah dirobohkan.

Rumah pusaka berusia 77 tahun berhampiran Jalan Sultan Zainal Abidin itu, kini didiami Wan Mokhtar Wan Yusof, 65, dan keluarganya.

Katanya, dia pernah menerima notis yang ditampal pemaju di dinding rumah yang mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu dua tahun lalu.

"Mereka menawarkan RM20,000 sebagai pampasan supaya kami berpindah, memang nilai yang tak masuk akal sedangkan tanah dan rumah yang kami diami ini berada di kawasan bandar.

"Kami semua nekad, jika pampasan sebanyak RM20 juta seperti diminta tidak ditunaikan, kami tak akan berganjak.

"Sekarang ini saya sebagai anak ketiga, masih tinggal di sini bersama keluarga sendiri manakala adik-beradik lain pula tinggal di tempat lain," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, hari ini.

Kewujudan rumah berkenaan yang masih belum dirobohkan walaupun berada di tengah-tengah projek pembinaan mula tular selepas sebuah portal memuat naik artikel mengenai bapa pelakon terkenal Emma Maembong, Ismail Embong melawat rumah berkenaan dan kemudian menyedari ia didiami rakannya sendiri.

Menurut Wan Mokhtar, dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain pernah dipanggil ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu berhubung projek yang ingin dibangunkan di kawasan kampung berkenaan beberapa tahun lalu.

Katanya, masalah timbul apabila pihak PTG memaklumkan bahawa tiada rekod pemilikan tanah berkenaan disimpan.

"Arwah ayah saya, Wan Yusof Wan Abdul Kadir membeli tanah ini daripada ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 1977.

"Bagaimanapun geran asal sudah hilang. Tetapi yang peliknya, bagaimana pula rekod pemilikan tiada dalam simpanan PTG," kata bapa kepada enam anak itu.

Wan Mokhtar berkata, dia dan keluarga tidak langsung menghalang pembangunan, malah menyokong penuh pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Bagaimanapun, kami tetap nak tuntut hak yang sepatutnya dan kami berasakan jumlah pampasan yang dipinta itu sangat munasabah," katanya.

Kata Wan Mokhtar, keluarganya sudah melantik peguam dari Kuala Lumpur bagi urusan tuntutan pampasan di mahkamah.

"Saya difahamkan peguam itu akan datang ke mahkamah di sini pertengahan bulan ini.

"Apa yang kami harapkan supaya perkara ini diselesaikan dengan sebaik mungkin sekali gus memberi keadilan kepada kami sekeluarga," katanya. - Metro


resim
resim
resim
resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Wang Rm40 Juta Ditemui Disembunyi Dalam Dinding Rahsia
Tuntut Rm20 Juta: Rumah Diduduki Atas Tanah Milik Kerajaan
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Cuma Tinggal Satu Rumah, Pemilik Pindah Jika Dapat Pampasan Rm20 Juta
Gempar Anak Lembu Tiada Hidung Di Changlun
Lelaki Jadi Jutawan Jual Sehelai Selimut Rm6 Juta
Ikan Kembung Naik Mendadak Rm20 Sekilo
Cikgu Atau Polis? Ujian Dna Akan Tentukan Siapa Pemilik Tiket Loteri Rm3.7 Juta
Guna Bitcoin Untuk Bayar Tebusan, Penculik Dapat Rm4 Juta
Wanita Masih Bujang Menang Rm1 Juta Cabutan Ssp Bsn



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 22
Tuntut Rm20 Juta: Geran Asal Hilang, Tiada Rekod Di Pejabat Tanah
sukawg
115051
Forum Jump: