Tv Toshiba Kini Milik Syarikat China, Hisense

Offline
11-15-2017, 07:52 AM,
#1
resim

TOSHIBA yang mengumumkan kerugian AS$436 juta (RM1.8 bilion) bagi separuh pertama 2017, memutuskan menjual perniagaan televisyennya kepada syarikat China, Hisense Group.

Toshiba bersetuju menjual 95 peratus saham Toshiba Visual Solutions (TVS) dengan harga RM478 juta.

“Toshiba mempertimbangkan penyusunan semula yang akan memperkukuh kedudukan kewangan

“Syarikat tidak lagi mampu melabur dalam pengurusan sumber dan melaksanakan langkah-langkah untuk terus kukuh berikutan persaingan sengit dalam perniagaan televisyen,” kata kenyataan konglomerat Jepun itu.

Pengumuman penjualan perniagaan televisyen itu dibuat sehari selepas Toshiba mengumumkan kerugian RM1.8 bilion terbabit ketika ia sedang berusaha melengkapkan urusan penjualan pernigaan cip bernilai berbilion ringgit.

September lalu, Toshina menyatakan ia menandatangani persetujuan menjual perniagaan cip itu kepada konsortium diterajui pelabur Amerika, Bain Capital, yang turut disertai Apple dan Dell serta pembuat cip Korea Selatan, SK Hynix.

Segmen cip untuk peralatan rumah hingga ke reaktor nuklear menyumbang satu pertiga pendapatan tahunan Toshiba. - Metro

Possibly Related Threads...
Takut Beg Hilang, Wanita China Masuk Dalam Mesin Pengimbas
Bunga Api Dan Mercun Kini Ada Dijual Di Tesco
Habis Semua Terbakar Angkara Api Misteri, Kini Tinggal Sehelai Sepinggang
Polis China Guna Cermin Mata Berteknologi Tinggi Kesan Penjenayah
Lelaki China Bakar Duit Mahu Tunjuk Siapa Lagi Kaya
Kad Pengenalan Khas Untuk Rakyat Malaysia Yang Lahir Di China
Viral Kereta Polis China Di Malaysia
Tukang Sapu Paling Berani Di Dunia Ada Di China
Anda Kini Boleh Potong Bulu Hidung Guna Telefon Pintar
Pelajar Tingkatan 2 Kini Mati Otak Lepas Dituduh Cikgu Curi Telefon



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 81
Tv Toshiba Kini Milik Syarikat China, Hisense
sukawg
113660
Forum Jump: