Ugut Jiran ' I Tumbuk U Mati Nanti', Amoi Dipenjara 4 Bulan

Online
12-07-2017, 03:37 PM,
#1
resim
Foto hiasan.

PETALING JAYA: Seorang pembantu akaun dipenjara empat bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengugut bunuh jirannya dengan memaki hamun menggunakan kata kesat, September lalu.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Wong Gyen Jeng, 23, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap arkitek, Rosetta Abu Bakar, 58, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan, 'I tumbuk u mati nanti'.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah, Jalan PJU 10/13B, Damansara di sini pada jam 4.45 petang, 20 September lalu.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon supaya mahkamah mengambil kira kesan trauma yang dialami oleh mangsa sebelum menjatuhkan hukuman. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Mati Ditikam, Digilis Bmw Di Stesen Minyak Shell
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000
Isteri Selama 5 Bulan Tinggal Bersama Mayat Suami Lepas Bunuh, Kerat
Pinjam Tak Bayar, Along Ugut Mahu Culik Isteri
Pencuri Mati Dibunuh, Mayat Ditemui Dalam Parit Depan Stesen Petron
Kadet Mati Dibunuh: Bicara Kes Bermula 29 Jan Depan
Gadis Hamil 8 Bulan Dibelah Perut Sebelum Bayi Dicuri Wanita Meroyan Mahu Anak
Tikam Pemandu Bas Tinggalkannya Ketika Ke Tandas, Lelaki Cuma Dipenjara 5 Hari
Amah Afrika Dari Kenya Didakwa Ugut Bunuh Majikannya Di Sini
Ibu, Anak Kutip Derma Pusat Tahfiz Dipenjara 2 Bulan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 26
Ugut Jiran ' I Tumbuk U Mati Nanti', Amoi Dipenjara 4 Bulan
sukawg
114157
Forum Jump: