Upacara Memperingati Tragedi Mh17 Esok

Offline
07-10-2015, 10:59 PM,
#1
resim

PUTRAJAYA: Esok akan berlangsungnya majlis memperingati tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang menghimpunkan waris-waris mangsa di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

 Majlis itu diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid, berkata majlis itu akan diadakan secara bersederhana namun penuh penghormatan untuk mangsa tragedi itu. 

"Ia akan menjadi majlis yang penuh kesederhanaan dan penghormatan, ia juga akan mengambil kira sensitiviti waris dan bulan Ramadan. 

"Kita tak mahu kalau buat macam-macam akan timbul sensitiviti kepada keluarga yang hadir kerana apa yang penting adalah kita memperingati peristiwa (MH17) itu," katanya. 

Antara pengisian majlis yang bermula pada 10 pagi ialah tayangan slot video berkaitan rentetan peristiwa MH17 dan sesi bertafakur. Ruhaiza berkata, setakat Rabu lalu, seramai 180 orang waris telah mengesahkan kehadiran. 

"Memandangkan kekangan keluasan tempat, kita hadkan empat orang bagi setiap satu keluarga," katanya sambil menambah menteri-menteri Kabinet juga antara yang akan hadir. 

Kompleks Bunga Raya KLIA juga adalah venue penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 itu yang dijalankan secara berperingkat tahun lepas. 

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun lepas. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 497
Upacara Memperingati Tragedi Mh17 Esok
sukawg
96921
Forum Jump: