Uqasha Senrose Mahu Tinggalkan Mig Kerana Cinta

Offline
04-19-2013, 02:46 PM, (This post was last modified: 04-19-2013, 11:29 PM by EbookJR.)
#1
Shocked 
[Image: Screen-Shot-2013-04-17-at-11.32.03-AM.png]

Nampaknya, cinta memang benar-benar boleh buat manusia berubah, kan?

Terbaru, walaupun keduanya tidak berterus-terang tentang hubungan cinta mereka, namun pelakon filem ‘Rock Oo’ iaitu Pekin Ibrahim dan pelakon baru, Uqasha Senrose ternyata tidak dapat menyembunyikan hubungan mereka apabila gambar-gambar percutian mereka berdua telah tersebar.

Tak cukup disitu, Pekin juga pernah menulis ‘caption’ di gambar yang dimuatnaik ke laman Instagram-nya dengan membahasakan ibu Uqasha sebagai ‘mak mertua’.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Uqasha dikatakan mahu keluar daripada syarikat MIG Talent yang telah disertainya pada bulan November tahun lepas.

“Mungkin saya akan meninggalkan MIG selepas kontrak tamat. Saya sebenarnya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia akan membuatkan beberapa pihak terasa.”

Bagaimana pun, pelakon berusia 21 tahun ini menafikan isu dia mahu keluar dari MIG kerana cinta.

“Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini.”

Nampaknya, masih belum ada jawapan yang pasti lagi. Tapi jika niat meninggalkan MIG demi cinta, maka sayanglah kerjaya itu yang baru mahu berkembang.

Tapi siapa tahu kan, mungkin ada banyak lagi syarikat lain yang mampu mengembangkan sayap pelakon baru ini. Rezeki masing-masing.


Possibly Related Threads...
Dato Seri Vida Mahu Nombor Plat F1 Untuk Ferrari Miliknya
Daniel Craig Tak Mahu Lagi Bawa Watak James Bond
Fatin Clever Girl Nafi Mahu Lari Bogel Jika Jdt Menang
Datuk Aliff Terlajak Laris Mahu Jual Banglo Rm11 Juta
Kerana Penangan Beg Lv Free, 200 Ribu Kongsi Status Dato Seri Vida Palsu
Ds Vida Mahu Dapatkan Hak Penyiaran Supaya Semua Perlawanan Pqptrw Ditayangkan Live
Pemain Kelantan Kena Khatam Al-quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - Ds Vida
Salih Yaacob Tak Nafi Bercerai Dengan Isteri Kedua Kerana Orang Ketiga
Dr Vida Mahu Kelantan Guna Jersi Syarikatnya, Bukan Nike
Che Ta Mahu Belikan Nissan Gtr Untuk Anak Kedua



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1684
Uqasha Senrose Mahu Tinggalkan Mig Kerana Cinta
EbookJR
71164
Forum Jump: