Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia

Offline
09-17-2017, 06:57 AM,
#1
Manusia tertua 117 tahun meninggal dunia

resim
resim

KINGSTON 16 Sept. – Manusia tertua di dunia, Violent Mosse Brown yang berusia 117 tahun dan berasal dari Jamaica meninggal dunia petang semalam selepas doktor memaklumkan bahawa tubuhnya mengalami kekurangan air.



Wanita itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Fairview, Montego Bay, St. James di sini pada pukul 2.30 petang dan berita kematiannya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness.

Brown diiktiraf sebagai manusia tertua di dunia oleh Guiness Book of Records pada 15 April lalu dan pada masa yang sama anaknya, Harold Fairweather, 97, pula menjadi manusia tertua yang masih hidup bersama-sama orang tuanya.

Namun beberapa hari selepas wanita itu diumumkan sebagai manusia tertua, Fairweather meninggal dunia.

Dalam temubual dengan majalah Observer tahun lalu, Brown berkata, dia menjaga kesihatannya dengan mengelak memakan ayam dan ba.bi.

Dia lebih gemar memakan ikan dan daging kambing dan kadang-kala memakan kaki lembu, lapor portal Mirror.

Selain itu, dia juga mengamalkan memakan buah-buahan seperti mangga, oren, sukun, ubi keledek dan ubi kentang.

Brown mengambil alih gelaran manusia tertua di dunia selepas kematian Emma Morano yang meninggal dunia pada usia 117 tahun dan 137 hari.

Dalam pada itu portal New York Daily melaporkan, anak Brown, Barry Russel, 87, berkata, ibunya kelihatan tidak sihat sejak minggu lalu dan telah dibawa ke hospital.

Namun terdapat laporan bahawa Brown melalui hari-hari yang sukar sebelum meninggal dunia selepas tercetus pertelingkahan dalam kalangan anggota keluar*ganya.

Ada laporan lain yang mendakwa, wanita itu tidak dijaga dengan baik dan dibawa keluar dari rumahnya manakala beberapa anggota keluarga lain panik kerana tidak tahu di mana Brown berada. - Utusan

Possibly Related Threads...
Kapal Selam Jerman Era Perang Dunia Pertama Ditemui Dengan 23 Mayat Di Dalam
Kepala Keretapi Berusia 
100 Tahun Timbul Di Sungai Perak
Negara Yang Menggembirakan Mungkin Juga Negara Yang Tercantik Di Dunia
12 Lukisan Pesawat Klasik Zaman Peang Dunia Ke2 Oleh Romain Hugault
Saintis Jumpa Gigi Manusia Berusia 2.8 Juta Tahun
Iklan Mas Cari Jurutera Kapal Terbang 41 Tahun Dulu
14 Gambar Jambatan Paling Cantik Dan Menakjubkan Di Dunia
Kitab Taurat Yang Mungkin Paling Tua Di Dunia ditemui
Suasana Penjajahan British Di Kuala Lumpur Tahun 1920 - 1929.
Wajah Manusia Berusia 5,500 Tahun Dihasilkan Artis Forensik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 88
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
sukawg
112543
Forum Jump: