Viral Air Sungai Bertukar Biru Di Senawang

Offline
01-23-2018, 08:57 PM,
#1
resim
resim
SUNGAI warna biru yang menjadi tular di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang.- Foto ihsan pembaca dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

resim
NORHAZNI Mat Sari, (dua dari kanan) memeriksa aktiviti di kilang plastik yang menjadi punca air sungai menjadi biru di Senawang. - Foto ihsan JAS

resim
KAKITANGAN kilang plastik membersihkan longkang yang menjadi punca air sungai menjadi biru di Senawang. - Foto ihsan JAS

resim
SUNGAI kembali warna asal selepas tular warna biru di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang.- Foto ihsan JAS

SEREMBAN: Aktiviti mencuci bahan plastik dicemari dengan pewarna di sebuah kilang menjadi punca sebahagian air longkang dan sungai di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini, bertukar menjadi biru, semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari, berkata pihaknya membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum menemui lokasi kilang terbabit beberapa jam kemudian.

"Kita menyusuri sungai dan longkang yang terjejas sebelum tiba di kilang berkenaan. Siasatan mendapati, air menjadi biru disebabkan pekerja kilang itu mencuci produk plastik yang diterima daripada pembekal yang dicemari dengan pewarna.

"Pemeriksaan awal mendapati tahap keasidan air sungai dan longkang terbabit kekal pada tahap neutral, namun kita sudah mengambil sampel air untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan kandungan sebenar pewarna itu.

"JAS juga mengeluarkan arahan kepada pemilik kilang supaya menghentikan aktiviti mencuci berkenaan dengan segera selain menyedut semula air biru di longkang dan sungai membabitkan jarak sejauh lapan kilometer," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya di kawasan terbabit hari ini, mendapati air sungai dan longkang kembali kepada warna asal. - BHarian

Possibly Related Threads...
Viral Lelaki Thailand Miliki 2 Isteri Teramat Cantik
Bas Dua Alam Dipandu Uji Di Sungai Terengganu
Polis Siasat Viral Rakaman Remaja Campak Kon
Viral Susu Palsu: Ini Cara Bezakan Susu Tulen, Tiruan
Viral Pula Susu Dutch Lady Tiruan Di Pasaran
Viral Gaduh Dengan Jiran Acu Pedang Samurai
Polis Siasat Viral Kes Doula, Bayi Mati Ketika Lahir Di Rumah
Pau Bentuk Durian Pula Jadi Viral
Terpaksa Tutup Restoran Gara-gara Viral Caj Mahal
Air Sungai Biru Di Alor Setar Tak Boleh Diminum



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 49
Viral Air Sungai Bertukar Biru Di Senawang
sukawg
115350
Forum Jump: