Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula

Offline
09-20-2017, 02:50 PM,
#1
Duit ditemui sudah dipulangkan

resim

resim

resim

resim

BALING - Tiga pekerja Syarikat E- I Daman  Sdn Bhd (E-Idaman) bersikap jujur apabila segera menghubungi penyelia mereka selepas menemui wang bernilai RM2,300 ketika sedang mengasingkan sampah di Depoh Tapak Pelupusan Pulai, semalam.



Pengurus Operasi Unit Perkhidmatan Baling, Shazwan Shahbudin berkata, wang itu ditemui tidak lelaki berkenaan ketika sedang mengasingkan sampah.

"Sehari sebelum kejadian, ada seorang lelaki hubungi E Daman untuk tolong bersihkan rumah ibunya yang merupakan pencari barang-barang lusuh.

"Duit tersebut diletakkan dalam plastik bersama barang-barang lusuh  sebelum semuanya dibawa balik empat pekerja lain ke depoh," Katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, E -Idaman memuji sikap terpuji tiga lelaki terbabit kerana memilih untuk jujur daripada mendiamkan diri.

"Mereka boleh saja mendiamkan diri tanpa pengetahuan sesiapa tetapi mereka tetap memilih untuk jujur. 

"Tiga lelaki itu bukannya dari keluarga senang, hanya pekerja am. Tetapi Kejujuran mereka pulangkan duit itu sangat mahal," katanya.

Shazwan berkata, duit itu sudah diserahkan semula kepada keluarga berkenaan dan pihak syarikat akan mengadakan pertemuan dengan tiga pekerja berkenaan untuk diberikan anugerah. - Sinar

Possibly Related Threads...
Sudah 30 Tahun Jual Belalang Goreng Di Pasir Puteh
Viral Durian Musang King Rm5,760 Sekotak
Viral Permainan Tekan Dada, Boleh Betul-betul Mati
Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Jadi Rebutan
Viral Muka Calar-balar Dicakar, Pemilik Jelaskan Kucing Tak Sengaja
Remaja Pakistan Sudah Bergelar Saintis Di Usia 17 Tahun
Rumah Makcik Penuh Sampah Di Ampang Dibersihkan Hari Ini
Viral Majlis Kahwin Tema Back To School
Henti Viral Video Tentera Disepak-sepak Di Perut
Viral Wanita Bergaduh Di Parking Ktm Ipoh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula
sukawg
112619
Forum Jump: