Viral Peraih Besi Buruk Kantoi Tipu Timbang

Online
01-10-2018, 09:01 PM,
#1




resim
Alat penimbang yang telah diubahsuai dengan meletakkan spring besi di bahagian bawah supaya berat yang ditimbang lebih ringan.

KUALA TERENGGANU - Berang ditipu hampir empat kali, seorang lelaki nekad merakam dan menularkan video lelaki warga Rohingya yang ‘kantoi’ menipu dengan mengubahsuai alat penimbang ketika menjalankan urus niaga besi buruk di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Mangsa, Mohd Asri Said, 42,  berkata, sebelum merakam video itu, rakannya telah berdiri di atas alat itu dan mendapati berat badannya tidak sama dengan yang dipaparkan pada alatan itu.

“Berat kawan saya tu 55 kilogram, tapi bila tengok kat penimbang hanya 22 kg sahaja. Dari situ memang dah curiga dan boleh agak peraih besi ni guna taktik kotor.

“Sebab mahu dapatkan bukti, saya dan rakan membuka alat penimban dan mendapati ada spring besi yang diletakkan di bahagian bawah alat penimbang yang menyebabkan berat barang ditimbang lebih ringan berbanding berat asal,” katanya.

Mohd Asri berkata, selepas 'kantoi', dia ada bertanya kepada lelaki itu mengenai alat penimbang itu, namun, katanya, lelaki itu hanya menjawab tidak tahu mengenai pengubahsuaian alatan itu.

Ditanya mengenai tindakannya menularkan video itu, katanya, ia sebagai peringatan kepada yang lain supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga seperti itu.

Video berdurasi 3 minit 18 saat yang dimuat naik Mohd Asri di laman sosial facebooknya mula tular hari ini  dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya mengecam perbuatan itu.

Sementara itu, Pengarah PPDNKK, Saharuddin Mohd Kia berkata, kes itu akan disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. - Sinar

Possibly Related Threads...
Jangan Potong Kaki Saya, Rayu Budak Tersepit Besi Penutup Longkang
Viral Gadis Cantik Jadi Runner Hantar Barang
Tong Gas Dibeli Ada Besi Pemberat Tambahan
Viral Penguatkuasa Terbalikkan Ikan Peniaga, Mdks Kata Terjatuh
Papan Tanda Viral Dewan Ramai Orang Sudah Ditukar
Pengantin Jadi Viral Lepas Sisip Pistol Mainan Bukan Keris
Imadi Pets Nafi Dera Kucing Seperti Dakwaan Yang Jadi Viral
Viral Gadis Cantik Jadi Pengawal Keselamatan Sekolah
Viral Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalu Jambatan Usang Di Pahang
Pemilik Restoran Viral Bil Rm17,017 Didenda Rm30,000 Kerana Invois Palsu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
Viral Peraih Besi Buruk Kantoi Tipu Timbang
sukawg
115028
Forum Jump: