Viral Pula Beras Cap Rambutan Didakwa Beras Plastik

Offline
06-18-2017, 11:21 PM,
#1




Siasatan awal beras Cap Rambutan beras tulen

resim

ALOR SETAR 18 Jun - Siasatan awal ke atas pemborong beras Cap Rambutan, syarikat OEL Distribution (Kedah) Sdn. Bhd. dekat sini yang tular dikatakan menggunakan beras plastik, mendapati syarikat itu menggunakan beras tulen.


Pemangku Pengarah Pejabat Kawal Selia Padi negeri, Mohd Hidzir Selamat berkata, melalui pemeriksaan yang dilakukan beliau dan sepasukan lima anggotanya pagi tadi mendapati beras di kilang tersebut diambil dari sumber yang sah.

"Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen.

"Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap akan menghantar sampel beras berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan dan komposisi sebenar, sekali gus mengetahui keputusan yang lebih tepat.

Terdahulu, pihaknya melakukan pemeriksaan di sekitar premis tersebut dan melakukan beberapa ujian bagi memastikan ketulenan beras, termasuk memasak sendiri beras berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan susulan video tular seorang lelaki mendakwa beras Cap Rambutan sebagai beras plastik, melalui tindakannya mengepal nasi dan membaling ke arah benda yang keras dan mendapati ia tidak pecah.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada maklumat tidak sahih yang disebarkan di media sosial, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu. -BERNAMA/Utusan

Possibly Related Threads...
Viral Dobi Hanya Untuk Pelanggan Islam Terima Pelbagai Reaksi
Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula
Viral Akak Jpj Comel Pandai Cakap Mandarin
Viral Dinosaur Terbakar Di Nilai 3
Viral Papan Tanda Ipoh Dipanjat Lagi
Suami Isteri Miliki 7 Anak Perempuan Didakwa Beli Anak Lelaki
Gadis Bomba Cantik Jadi Viral
Viral Pemandu Bas Rapidkl Pandu Naik Atas Pembahagi Jalan
Guru Besar Didakwa Pilih Syarikat Isteri Untuk Kontrak Sekolah
Viral Udang Celup Tepung 45 Ekor Cuma Rm10



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 78
Viral Pula Beras Cap Rambutan Didakwa Beras Plastik
sukawg
110956
Forum Jump: