Viral Video Leher Terjerut Tali Ketika Ambil Buah Kelapa

Offline
06-17-2017, 11:24 PM,
#1




resim
MOHD Zulhisyam Zulkifli, 23, bersama ibunya, Che Siah Awang, 66, di rumah mereka di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut. FOTO Nur Syazwana Mansor

resim
resim
SAKSI kejadiaan menunjukkan pokok kelapa yang dipanjat Mohd Zulhisyam Zulkifli. FOTO Nur Syazwana Mansor.

PENDANG - Lelaki nyaris maut selepas apabila lehernya terjerut tali dan tergantung di pokok kelapa kira-kira empat minit ketika membawa turun kelapa muda di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang.

Video mangsa yang terjerut lehernya, tergantung pada pokok kelapa, meronta hendak melepaskan diri dan kemudian diselamatkan menjadi tular di media sosial, sejak semalam.

Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, yang tergantung pada pokok kelapa 3.7 meter itu diselamatkan penduduk kampung, pada kejadian kira-kira 11 pagi, Khamis lalu.

Dia kemudian dibawa ke ke Klinik Kesihatan Pendang bagi merawat kesan luka pada leher dan lengan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Zulhisyam berkata, dia bagaikan mati hidup semula selepas tersedar daripada pengsan ketika berada di HSB.

Menurutnya, dia langsung tidak ingat perkara yang terjadi sebelum itu meskipun dirinya dapat berdiri sebaik kaki mencecah tanah.

Katanya, dia hanya ingat kejadiaan sebelum dia memanjat pokok kelapa terbabit.

“Ketika di atas pokok, saya dah ikat 20 biji kelapa nak bawa turun. Tapi, bila saya cantas tandan, tali yang ikat buah kelapa itu menjerut leher saya,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dirinya tergantung pada pokok.

"Ketika itu, saya hanya ingat ajal saya sudah sampai. Saya dapat dengar juga suara-suara orang di bawah meminta saya mengucap kalimah syahadah.

“Saya sempat menyebutnya (kalimah syahadah) sebelum pengsan dan sebaik sedar saya sudah di hospital," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang, hari ini. - Metro

Possibly Related Threads...
Viral Dobi Hanya Untuk Pelanggan Islam Terima Pelbagai Reaksi
Tahfiz Dibakar: Darah Jenazah Mengalir Ketika Dimandikan, Kata Pengetua
Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula
Viral Akak Jpj Comel Pandai Cakap Mandarin
Viral Dinosaur Terbakar Di Nilai 3
Viral Papan Tanda Ipoh Dipanjat Lagi
Gadis Bomba Cantik Jadi Viral
Viral Pemandu Bas Rapidkl Pandu Naik Atas Pembahagi Jalan
Lari Ke Australia Jadi Pemetik Buah Kerana Hutang Along
Viral Udang Celup Tepung 45 Ekor Cuma Rm10



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 94
Viral Video Leher Terjerut Tali Ketika Ambil Buah Kelapa
sukawg
110937
Forum Jump: