Wajah Jadi Hodoh Selepas Berhenti Suntik Botox

Offline
10-04-2015, 12:24 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR - Walaupun berhijab, hanya terlihat sepasang mata, namun itu sudah cukup untuk membayangkan wanita berusia 46 tahun ini adalah seorang yang cukup cantik dan sempurna untuk memikat mana-mana lelaki.
 
"Itu dulu. Sekarang segalanya sudah berubah malah wajah saya juga sudah tidak lagi seperti asal kejadian, sebaliknya semakin menakutkan.
 
"Semuanya gara-gara suntikan botox yang saya ambil kira-kira enam tahun lalu atas alasan untuk mencantikkan wajah asal yang saya akui memang sudah cukup sempurna sebelum ini.
 
"Akibatnya, wajah saya jatuh terutama pada bahagian pipi seperti membengkak manakala hidung saya yang dulunya mancung kini membesar bagai hidung harimau,” kata Nurul (bukan nama sebenar).
 
Berasal dari Sarawak, Nurul yang pernah mencipta nama sebagai penyanyi dan dinobatkan juara dalam beberapa pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini lebih selesa memilih untuk menetap di rumah dengan memperbanyakkan amal ibadat.
 
"Saya sudah lalui zaman kegemilangan terutama dalam dunia yang penuh glamor. Menyanyi di sana sini yang sememangnya menjadi sumber pendapatan saya untuk menyara keluarga dan anak-anak.
 
"Sesungguhnya akibat mengejar dunia glamor, saya terlupa ciptaan tuhan yang maha esa itu sebenarnya sudah cukup sempurna diberikan kepada saya.
 
"Atas kerelaan sendiri kerana bimbang wajah dimakan usia, saya nekad membuat suntikan botox yang akhirnya memusnahkan diri sendiri," katanya sambil mengalirkan airmata kekesalan.
 
Selama menyuntik botox, Nurul sanggup menghabiskan wang yang banyak sehingga mencecah RM30,000.


resim

"Bayangkanlah sekali suntik saya perlu membayar RM300 dan saya telah membuat lebih 100 suntikan bagi mengekalkan kecantikan wajah.
 
"Soal bayaran tak timbul kerana saya mampu, tetapi rasa insaf itu datang secara tiba-tiba pada satu hari yang tidak pernah dijangka.
 
"Hati saya menangis dan jiwa menjadi begitu sensitif apabila memikirkan sampai bilakah saya akan bertahan dengan kecantikan palsu melalui suntkan," ceritanya.
 
Menurut Nurul sejak dia dilanda keresahan jiwa itu, hatinya memberontak supaya dia terus menghentikan suntikan botox dan kembali kepada fitrah asal iaitu menyembahkan diri kepada Allah.
 
"Benar, saya berjaya melawan kehendak nafsu tetapi akibatnya, muka saya mula berubah sedikit demi sedikit terutama pada bahagian pipi yang tiba-tiba membengkak. Bengkak yang sukar ditafsirkan tetapi pipi itu akhirnya jatuh seperti menampung benda berat yang hakikatnya cukup menakutkan saya.
 
"Inilah kesan yang terpaksa saya tanggung setelah menghentikan suntikan botox. Namun saya nekad untuk teruskan ibadat dan mencari keredaan Allah.
 
"Saya semakin takut dengan siksaan Allah jika ditakdirkan dalam keadaan yang menyesatkan. Cukuplah apa yang telah saya lalui, biarpun berwajah tidak sempurna, sekurang-kurangnya Allah masih memberi saya nafas untuk melakukan taubat,” ujarnya.
 
Sambil bercerita, air mata Nurul terus bergenang dan gugur di sebalik purdah yang dipakainya.
 
"Bukan saya hendak mendedahkan kejahilan saya kepada umum tetapi saya memohon kepada semua wanita, janganlah sekali-kali kita mengubah kejadian yang dicipta Allah.
 
"Bersyukurlah dengan ciptaan Allah. Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku kerana disebabkan kejadian inilah saya didatangi keinsafan yang sukar untuk dijelaskan.
 
"Kesan kejadian itu juga telah membuat saya lebih nekad untuk memperhambakan diri kepada Allah yang selama ini tidak begitu dipedulikan," katanya.
 
Katanya, kini semua keseronokan duniawi telah diketepikan terus dalam kamus hidupnya.
 
"Mungkin ini hikmah yang saya dapat. Jika tidak, saya akan terus hidup dalam dosa yang tidak terampun.
 
"Berhijab bukan kerana saya berwajah hodoh tetapi ia dilakukan atas kerelaan diri sendiri agar saya lebih yakin untuk mengawal jiwa dan perasaan," jelasnya.
 
Nurul yang baharu bernikah dengan lelaki muda berusia 35 tahun setelah tiga tahun menjanda kini bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.
 
"Mungkin sudah jodoh saya. Memang pada mulanya saya menolak apa lagi dalam keadaan wajah yang tidak sempurna tetapi kerana dia tidak memandang rupa, maka kami pun disatukan sebagai suami isteri.
 
"Saya bahagia kerana dia suami yang sangat menitikberatkan hal agama. Pada usia yang jauh berbeza, saya menawarkan dia supaya berkahwin seorang lagi demi mendapatkan zuriat tetapi dia menolak.
 
"Mungkin belum masanya tetapi sesungguhnya, saya rela dimadukan demi kebahagiaan rumahtangga kami," jelasnya.
 
Mengakhiri perbualan, kata Nurul, biar apa pun pandangan orang terhadap dirinya sekarang, dia tenang mendengarnya kerana hidup matinya kini hanya diserahkan kepada Allah.
 
"Kesilapan saya telah mengajar saya erti keinsafan dan cukuplah setakat itu. Saya mohon cerita saya ini dijadikan iktibar kepada orang lain khususnya wanita agar tidak terjerumus dengan kecantikan palsu yang hakikatnya tidak akan baik kesudahannya," katanya. - MalaysiaGazette

Possibly Related Threads...
Hanya Selepas 2 Tahun, Baru Sedar Anak Tercucuk Plastik
Selepas 20 Tahun, Baru Tahu Watak Dalam Komik Mat Despatch Memang Wujud
Main Permainan Video Berunsur Ganas Berisiko Jadi Nyanyuk
Makcik Jadi Viral Boleh Mengira Pesanan Tanpa Guna Kalkulator
Lembu Peluk Manja Tuannya Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini
Rapidkl Letak Patung Annabelle Jadi ' Pemerhati' Penumpang Mrt
Wanita Jalani Pembedahan Ubah Wajah Elak Bayar Hutang Rm16 Juta
Gadis Kenyit Mata Jadi Viral
Penduduk Telefon Polis Kerana Anak Kambing Wajah Menakutkan
Kek Hari Jadi Yang Boleh Keluarkan Duit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 455
Wajah Jadi Hodoh Selepas Berhenti Suntik Botox
sukawg
98709
Forum Jump: