Wall Street Dijangka Dibuka Tinggi

Offline
12-17-2017, 02:16 PM,
#1
[Image: Wall_Streetaasd.transformed_1.jpg]



NEW YORK: Wall Street dijangka dibuka lebih tinggi, selepas pulih daripada ketidakpastian membabitkan rang undang-undang cukai yang dinantikan Republikan.


S&P 500 jatuh pada Khamis selepas Senator Republikan, Marco Rubio dan Mike Lee menolak rang undang-undang tanpa perubahan kredit cukai terhadap kanak-kanak.


Pasaran saham dijangka menyaksikan kenaikan jumlah dagangan apabila peniaga mungkin menutup kedudukan lindung nilai niaga hadapan, opsyen dan saham.


Pada 8:28 ET (1328 GMT), E-mini Dow naik 94 mata, atau 0.38 peratus, dengan 1,808 kontrak bertukar tangan.


E-mini S&P 500 naik 8.75 mata, atau 0.33 peratus dengan 22,818 kontrak diniagakan.


E-mini Nasdaq 100 menambah 20.5 mata, atau 0.32 peratus, pada 2,679 kontrak.


S&P 500 dan Dow berada di landasan tepat untuk merekodkan keuntungan empat minggu berturut, manakala Nasdaq mencatatkan kenaikan pertamanya dalam tempoh tiga minggu.

Possibly Related Threads...
Jualan Di Klia2 Dijangka Lebih Rm1 Bilion
Infografik Bahaya Kasut Tumit Tinggi Perempuan
Empat bangunan tinggi diiktiraf terbaik
sekolah sex antarabangsa pertama di dunia telah dibuka
Occupy Wall Streeet, Ketengahkan Ekonomi Islam
TUDM tinggi di awan biru



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 12
Wall Street Dijangka Dibuka Tinggi
Reez Ramsey
114438
Forum Jump: