Wanita 155kg Duduk Atas Budak 9 Tahun Sampai Mati

Offline
10-18-2017, 08:17 PM,
#1
resim
Veronica Posey. - Foto AP

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak maut selepas seorang wanita seberat 155 kilogram duduk diatasnya sebagai satu bentuk hukuman.

Menurut laporan SCMP, Veronica Posey, 64, mengenakan hukuman itu terhadap anak saudara perempuannya, Dericka Lindsay yang didakwa degil.

Tidak lama selepas beliau duduk diatas mangsa, mangsa didapati tidak lagi bernafas dan pengsan dalam kejadian sabtu lepas.

Posey mengatakan beliau terus menelefon 911 dan membuat CPR terhadap mangsa.

Mangsa diisytiharkan meninggal dunia sejam selepas tiba di hospital.

Ibu mangsa, Grace Smith mengatakan beliau menghadapi masalah dengan anaknya lalu Posey dipanggil untuk menguruskan Dericka.

Posey kini berhadapan dakwaan membunuh tahap kedua dan mendera manakala ibu dan bapa mangsa, James Smith berhadapan dakwaan pengabaian anak.

Kesemua tertuduh dijangka dibicarakan pada 3 November depan. - Sinar

Possibly Related Threads...
Wanita Warga Emas Pandu Mini Cooper Disamun, Kereta Dilarikan
Budak 2 Tahun Hilang Di Sarawak Ditemui Sudah Reput
Lelaki Malaysia Edar Syabu Mati Ditembak Ketika Larikan Diri Di Indonesia
Jatuh Tersadung, Wanita Tercabut Lengan Lepas Dilanggar Keretapi
Wanita Hamil Mati Ditembak, Doktor Bedah Perut Mahu Selamatkan Bayi
Peninju China Didakwa Belasah Isteri Sampai Mati
Remaja Mati Direnjat Elektrik Ketika Mahu Tangkap Ular Di Kuala Krai
Budak Mati Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Banjir Di Kedah
3 Mati Di Kota Bharu: Amoi Merayu Jangan Dibunuh
Maimunah, Wanita Vietnam Berpangkat Datuk Direman 7 Hari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 50
Wanita 155kg Duduk Atas Budak 9 Tahun Sampai Mati
sukawg
113379
Forum Jump: