Wanita Aktif Seks Bersama Suami Lebih Awet Muda - Kajian

Offline
09-26-2015, 02:57 PM,
#1
resim

PUTRAJAYA — Ramai tidak sedar bercinta banyak faedah malah zahir dan batin. Ternyata, khasiat hubungan seks dengan pasangan yang dicintai menjadikan kulit bersinar hingga penampilan lebih cantik dan pesona.

Menurut Dr. Shannon Chavez, pakar psikologi klinikal dan terapi seks di London, Britain, wanita yang rajin bercinta memiliki kulit yang lebih lembab dan awet muda susulan aktiviti seks yang aktif dengan suaminya.

Ini kerana hasil persetubuhan itu mampu meningkatkan peredaran darah sekali gus membuatkan warna kulit tampak lebih cerah dan bersinar dibandingkan isteri yang amat jarang melakukan jimak dengan pasangannya.

“Peredaran darah yang lancar dan banyak pelepasan racun dari tubuh ketika bercinta, adalah baik pada kecantikan kulit anda. Itulah alasan ilmiah membuat kulit wanita lebih kenyal, bersinar dan awet muda,” jelasnya.

Pernyataan Dr. Chavez ini ada kaitan dengan hasil kajian dilakukan Royal Edinburgh Hospital di Scotland baru-baru ini terhadap pasangan berusia lanjut yang didapati masih aktif secara seksual di atas ranjang asmara.

Ia melibatkan mereka yang bersetubuh empat kali dalam seminggu bersama dengan pasangan masing-masing dan hasilnya didapati memiliki keadaan kulit 12 tahun lebih muda berbanding usia mereka yang sebenarnya.

Penyelidik tersebut merumuskan bahawa hormon yang tercipta ketika hubungan seks, seperti testosterone dan oestrogen, membuatkan tubuh mereka menjadi lebih kuat sehingga berpengaruh pada seri pesona kulit.

Secara umumnya golongan wanita berkahwin pasti faham akan banyak manfaat hormon oestrogen dalam menghasilkan kulit yang cukup lembut dan rambut menjadi lebih bercahaya. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Possibly Related Threads...
Pengurus Syarikat Didakwa Rogol Anak Teman Wanita Di Kajang
Perkosa Wanita Malaysia Sedang Mabuk, 3 Lelaki Britain Dipenjara
Suami Dirotan Tolak Kemahuan Isteri 10 Kali Sehari Di Klang
Rakaman Inspektor Polis Ditahan Hanya Berseluar Dalam Di Tandas Wanita
Wanita Muda Sanggup Turun Ke Penang Sebelum Dicabul Kenalan Facebook
Marahkan Suami, Isteri Sanggup Berbogel Untuk Lelaki Lain
3 Lelaki Britain Didakwa Perkosa Wanita Malaysia Sedang Mabuk
Pelajar Cuma Kena Demerit Lepas Seks Oral Dalam Makmal Sekolah Di Kedah
Suami Didakwa Belasah Isteri Tolak Seks Ketika Datang Bulan
Lelaki Ditahan Curi Coli, Seluar Dalam Wanita Di Terengganu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 711
Wanita Aktif Seks Bersama Suami Lebih Awet Muda - Kajian
sukawg
98525
Forum Jump: