Wanita China Halang Pintu Tren Elak Suami Kena Tinggal

Online
01-11-2018, 08:10 AM,
#1




resim
resim
SEDUTAN video menunjukkan Luo berpaut pada pemegang di pintu kereta api bagi mengelak ia ditutup. - Agensi

Beijing: Seorang guru digantung tugas selepas video menunjukkan dia menghalang pintu kereta api laju bagi memberi masa kepada suaminya untuk menaiki gerabak, tular di media sosial.

Xin’an Evening News melaporkan, Luo Haili bersama suami dan anak perempuannya tiba lewat untuk menaiki kereta api laju dari Hefei di wilayah Anhui untuk ke Guangzhou pada Jumaat lalu.

Luo bersama anaknya sempat menaiki kereta api itu tetapi dia bertindak menahan pintu bagi mengelak ia ditutup untuk menunggu suaminya yang masih beratur di tempat pemeriksaan tiket.

Beberapa petugas cuba menghalang wanita itu tetapi dia tetap enggan berganjak dari pintu atau turun dari kereta api itu.

“Suami saya di tempat pemeriksaan tiket. Saya akan pergi apabila dia datang,” katanya.

Selepas bergelut selama lima minit, suami wanita itu akhirnya tiba dan mereka dibenarkan menaiki kereta api.

Bagaimanapun, insiden berkenaan dirakam seorang petugas menggunakan telefon bimbit dan terus menjadi tular di media sosial.

Menurut akhbar itu, Luo digantung tugas dari sebuah sekolah di Hefei sementara menunggu siasatan oleh biro pendidikan tempatan.

Di China, sesiapa yang menghalang operasi perkhidmatan kereta api boleh didenda 2,000 yuan (RM1,229). - Metro

Possibly Related Threads...
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Penyelia Jd Sports Pavilion Dipecat Halang Pekerja Solat
Potong Ayam 12 Bahagian Bukan 20 Punca Pekerja Kena Tampar
Uitm Shah Alam Hampir Kena Sita
Suami Tak Tahan, Ceraikan Isteri Kerana Hanya Mandi Sekali Setahun
Wanita New Zealand Jijik Pakaian Pramugari Malaysia Terlalu Seksi
Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali
Cuma Tinggal Satu Rumah, Pemilik Pindah Jika Dapat Pampasan Rm20 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Wanita China Halang Pintu Tren Elak Suami Kena Tinggal
sukawg
115035
Forum Jump: