Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Wanita Dibicara Kerana Potong Kemaluan Suami


LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 50 tahun, Catherine Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.

Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.

Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.

Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.

"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.

Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada Disember 2009.

Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.

Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.

Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke dalam mesin pelupusan sampah.

Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.

Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.

Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.

Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suami wanita itu yang turut memberi keterangan memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal lain.

Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Possibly Related Threads...
Wanita Menang Saman Rm13 Juta Lepas Hubungan Seks Terganggu
Motor Dalam Bilik Jadi Saksi Pasangan Khalwat, Janda Dan Suami Orang Turut Dicekup
Didakwa Curang, Suami Letak Gam Gajah Pada Kemaluan Isteri
Lari Pecut 800 Meter Pegang Kemaluan Lepas Dipotong Isteri
Isteri Pulang Kerja Nampak Aksi Suami Dan Kekasih Dalam Bilik
Pengawal Keselamatan Raba Kemaluan Peguam Di Hospital
Pelajar China Potong Kemaluan Sendiri Mahu Jauh Dari Seks
Bekas Pegawai Muip Didakwa Cabul 3 Wanita Dalam Pejabat Tadika Pintar Al-quran
2 Remaja 14 Dan 15 Tahun Perkosa Wanita 87 Tahun
Rakyat Malaysia Dipenjara Di Singapura Rakam Video Bawah Skirt Wanita
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
replies: 0 and views: 329
Online Users
There are currently 71 online users.
» 1 Member(s) | 70 Guest(s)
NorCun

Box 1
First box

Latest Threads
Pengguna Whatsapp Gembira...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 73
2 Mati Dibunuh Wanita Put...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 27
86.67% (1.3 Pips) Autoreb...
Forum:
Last Post: moneygrows
Today
» Replies: 1283
» Views: 11381
Satu Ujian Untuk Miliki L...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 39
Juara 28 Kali Pertandinga...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 60
Google Nafi Beli Perisian...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 56
Hanya Bising-bising Gst D...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 39
Sarimah Ibrahim, Tunku Ja...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 45
Nenek, Cucu Maut Terenjat...
Forum:
Last Post: sukawg
Today
» Replies: 0
» Views: 51
Instaforex Daily Analysis
Forum:
Last Post: abruzzi
Today
» Replies: 251
» Views: 583