Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Tinggal Di Rembau

Offline
08-12-2017, 02:41 PM,
#1
resim
Safiah menunjukkan paparan kad pengenalannya dalam telefon bimbit susulan dokumen rasmi berkenaan kini dalam simpanan keluarganya

REMBAU – Seorang warga emas yang merupakan bekas SC (special constabulary) mungkin boleh diiktiraf sebagai individu tertua di dunia apabila tarikh lahir yang tercatat di kad pengenalannya adalah pada 11 Februari 1889.

Safiah Ujang, 128, ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Seberang Batu Hampar, di sini, kelihatan uzur namun masih selesa menguruskan dirinya sendiri di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dihuni.

Menurut Safiah, semasa pemerintahan 'orang putih' (penjajahan British) sebelum kedatangan Jepun, dia yang ketika itu anak dara masih mengingati cabaran hidup di zaman berkenaan.

“Api, air tiada. Uwan nak kojo nak masuk SC. Dalam zaman Jepun tu Uwan masuk SC tiga tahun. Datang mereka nak suruh minta polis. Uwan tak nak... takut.

“Konolak dio nak bawak Uwan ke Gomoncheh tu dulu. Tak nak lah Uwan, takut ,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana menguruskan dirinya sendiri dalam keadaan usianya yang sudah lanjut, Safiah berkata, dia melakukan apa sahaja yang diingininya untuk tinggal berhampiran rumah pusakanya yang sudah roboh.

“Rumah kito, tanah kito, sawah kito. Apolak nak duduk tompek lain. Ponah Uwan molalak kek umah cucu nak balik umah Uwan sendiri. Senang duduk umah sendiri. Nak makan... makan. Nak tidur... tidur.

“Uwan boleh masak sendiri. Tapi selalu juga ada orang datang melawat Uwan bagi bantuan beras, tepung, susu.  Bila Uwan nak masak, Uwan masak, kot tak nak Uwan minta tolong orang bolikan,” katanya, semalam.

Safiah berkata, dia lebih selesa menguruskan kehidupannya sendiri termasuk merawat luka perutnya kerana baginya lebih mudah.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dihantar ke hospital oleh cucunya bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas bisul di perutnya pecah.

“Tujuh hari saja. Selepas tu Uwan merayu kek doktor bagilah Uwan balik umah Uwan. Dah lamo boto Uwan tinggalkan umah,” katanya yang tidak mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Cuma kaki Uwan ni ado lah masuk bosi sobab jatuh. Jadi nak apo-apo sekarang semua Uwan mengesot saja. Biarlah Uwan tinggal kek sini. Rumah kebajikan pun Uwan tak nak poie,” katanya yang juga penerima bantuan bulanan orang tua sebanyak RM300 sebulan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk rekod, seorang lelaki didakwa sebagai manusia tertua di dunia meninggal dunia awal Mei lalu di sebuah perkampungan di Indonesia pada usia 146 tahun, lapor Huffington Post. - Sinar

Possibly Related Threads...
Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Di Usia 113 Tahun
Wanita Kurus Dari Melaka Kuat Makan, Perlu 40kg Beras Sebulan
Patung Wanita Bersayap Di Kulim Dialihkan Lepas Penduduk Bantah
Wanita Lebih Cenderung Minta Cerai, Kata Pakar
Wanita Mungkin Boleh Berbikini Di Pantai Arab Saudi
Misteri Rambut 50 Wanita Tiba-tiba Dipotong Tanpa Sedar Di India
Tak Mampu Sewa, Suami Isteri Tinggal Dalam Kandang Lembu Di Jertih
Wanita Pam 6.4 Liter Susu Badan Setiap Sehari
Wanita Baju Biru Diserang Histeria Di Tasik Biru
Wanita Jalani Pembedahan Ubah Wajah Elak Bayar Hutang Rm16 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Tinggal Di Rembau
sukawg
111969
Forum Jump: