Wanita Ke Hospital Terkejut Doktor Adalah Orang Sama Yang Memukulnya

Offline
01-18-2018, 10:10 PM,
#1




resim
Petikan rakaman video doktor di Neryungri, timur Russia, menyerang pesakit wanita. - Foto Daily Mail

SEORANG wanita yang diserang lelaki dalam kelab malam di Neryungri, timur Russia, terkejut apabila ke hospital untuk merawat kecederaannya mendapati doktor yang merawatnya ialah penyerang terbabit.

Malah, rakaman video kejadian di hospital itu oleh seorang jururawat menunjukkan doktor berkenaan yang marah-marah, sekali lagi memukul wanita itu dalam bilik rawatan namun berjaya dileraikan jururawat.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian awal minggu ini, wanita berusia awal 20-an dikenali sebagai Dmitrieva itu diserang di sebuah kelab malam dan keesokannya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam rakaman itu, doktor terbabit kedengaran berkata: “Ramai saksi akan membuktikan kamu serang saya dulu.”

Selain mendapatkan rawatan, wanita berkenaan ke hospital untuk mendaftarkan kecederaannya bagi membuat laporan polis.

Doktor itu juga mengancam wanita boleh dipenjarakan jika membuat aduan terhadapnya.

Berikutan kejadian itu, doktor berkenaan, Vladimir Naumov dipecat oleh kementerian kesihatan wilayah.

Kementerian itu menolak alasan doktor berkenaan yang mendakwa kejadian di kelab malam berlaku kerana dia cuba mempertahankan seorang jururawat perbidanan yang diserang sekumpulan wanita.

Vladimir yang mengaku gagal mengawal kemarahan ketika di hospital, berkata: “Sudah setahun setengah saya menjadi doktor di hospital ini.

“Sudah banyak orang saya selamatkan dan kini, semuanya musnah kerana video ini.”

Ketua jabatannya juga disiasat kerana mengambil pekerja yang tidak sesuai menjadi doktor. - Metro

Possibly Related Threads...
Staf Mahkamah Yang Dilapor Hilang 2 Minggu Ditemui Terlentang
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
Ditikam Potong Barisan, Nenek Kesal Orang Ramai Cuma Tengok Tak Bantu
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
Pengawal Wanita Dibelasah 3 Lelaki Lepas Larang Kawan Masuk Kondo



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 37
Wanita Ke Hospital Terkejut Doktor Adalah Orang Sama Yang Memukulnya
sukawg
115221
Forum Jump: