Wanita Kemurungan Terjun Tingkat 10 Pangsapuri Di Kajang

Offline
01-23-2018, 06:44 AM,
#1
resim
Mayat wanita yang maut selepas terjun dari tingkat 10 di sebuah pangsapuri di Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Kajang petang tadi.

KAJANG - Seorang wanita ditemui maut selepas jatuh dari tingkat 10 di sebuah pangsapuri di Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mayat mangsa ditemui oleh jirannya kira-kira pukul 5.50 petang.

“Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an mempunyai sejarah penyakit mental. Menurut maklumat daripada ibunya, mangsa pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang di sini dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Difahamkan mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir menambah, terdapat saksi yang melihat mangsa di tingkat 10 pangsapuri tersebut dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Mangsa dipercayai terjun dari tingkat tersebut kerana polis telah menemukan sepasang selipar dipercayai miliknya di sekitar tingkat itu.

“Pasukan perubatan yang tiba dari Hospital Kajang tidak lama kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Hasil siasatan awal oleh pihak polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut. - Kosmo

Possibly Related Threads...
6 Sekeluarga Dikunci Dari Luar Sebelum Rumah Dibakar Ahlong Di Kajang
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
Mahu Jadi Vegetarian, Kata Terakhir Mangsa Lemas Di Air Terjun Semalam
Pengawal Wanita Dibelasah 3 Lelaki Lepas Larang Kawan Masuk Kondo
3 Lelaki Mati Lemas Mandi Air Terjun Di Ulu Yam
Wanita Diperkosa Maut Alat Sulit Dirodok Dengan Jek Kereta
Nasi Lemak Bertaburan Dirempuh Honda Civic Dipandu Wanita
Pemandu Mercedes Seret Mayat Gadis 500 Meter Di Kajang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
Wanita Kemurungan Terjun Tingkat 10 Pangsapuri Di Kajang
sukawg
115332
Forum Jump: