Wanita Mabuk Tak Sedar Diperkosa Lelaki Bangladesh

Offline
01-09-2018, 09:22 PM,
#1
resim
Mangsa diperkosa lelaki Bangladesh ketika sedang mabuk.

MABUK arak hingga tidak sedar diperkosa. Itu bala menimpa seorang wanita tempatan yang diperkosa lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel di Jalan Imbi di sini.

Mangsa berusia 30 tahun itu hanya menyedari diperkosa selepas terjaga daripada tidur dalam keadaan separuh bogel.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa diajak keluar minum oleh suspek berusia lingkungan 30-an di kawasan Bukit Bintang di sini, selepas tamat waktu bekerja.

“Mangsa yang bekerja sebagai pelayan setuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit.

“Suspek memujuk mangsa minum minuman keras dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Kesempatan itu diambil suspek dengan membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi sebelum merogolnya berulang kali.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma dan hampir mengambil tindakan membunuh diri,” katanya.

  Berikutan tidak tahan menanggung penderitaan jiwa, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, kelmarin.

 “Siasatan awal mendapati mangsa baharu saja mengenali suspek dan sebelum ini tidak pernah keluar bersama dengan suspek yang dilihat berperwatakan baik,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Gadis Diperkosa Bergilir-gilir 9 Tentera Kini Sedang Hamil
Ibu Hanya Biarkan Teman Lelaki Liwat 2 Anak Perempuan Di Setapak
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa
Ahli Dewan Wanita Disiasat Cabul 2 Lelaki
Lelaki Perkosa Ikut Depan Dan Belakang Dipenjara 28 Tahun
Paksa Nenek Pegang Alat Sulit, Lelaki Dipenjara 4 Bulan
Lelaki Didakwa Bersandar Pada Badan Wanita Dalam Lrt



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 148
Wanita Mabuk Tak Sedar Diperkosa Lelaki Bangladesh
sukawg
115007
Forum Jump: