Wanita Mabuk Tak Sedar Diperkosa Lelaki Bangladesh

Offline
01-09-2018, 09:22 PM,
#1
resim
Mangsa diperkosa lelaki Bangladesh ketika sedang mabuk.

MABUK arak hingga tidak sedar diperkosa. Itu bala menimpa seorang wanita tempatan yang diperkosa lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel di Jalan Imbi di sini.

Mangsa berusia 30 tahun itu hanya menyedari diperkosa selepas terjaga daripada tidur dalam keadaan separuh bogel.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa diajak keluar minum oleh suspek berusia lingkungan 30-an di kawasan Bukit Bintang di sini, selepas tamat waktu bekerja.

“Mangsa yang bekerja sebagai pelayan setuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit.

“Suspek memujuk mangsa minum minuman keras dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Kesempatan itu diambil suspek dengan membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi sebelum merogolnya berulang kali.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa berada dalam keadaan trauma dan hampir mengambil tindakan membunuh diri,” katanya.

  Berikutan tidak tahan menanggung penderitaan jiwa, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, kelmarin.

 “Siasatan awal mendapati mangsa baharu saja mengenali suspek dan sebelum ini tidak pernah keluar bersama dengan suspek yang dilihat berperwatakan baik,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Tayang Alat Sulit Dakwa Tak Tahu Zip Terbuka, Buat Repot Polis Juga
Lelaki Dirakam Tanpa Segan Silu Tunjuk Alat Sulitnya
Gadis Diperkosa Teman Lelaki Sebelum Diratah Lagi 2 Rakan Lain
Gadis Universiti Nyaris Diperkosa Lelaki Indon Dalam Tandas
Gadis Diperkosa Kenalan Wechat Di Bilik Kantin Sekolah
Ada Bunyi Pelik, Rupanya Lelaki Sedang Rogol Kambing
Lelaki Diwajibkan Lapor Polis Dulu Sebelum Berasmara
Wanita Terkejut Butang Baju, Seluar Terbuka Ketika Sedang Tidur
Budak Perempuan Intai Pakcik Mandi Nyaris Diperkosa
Isteri Orang Dicekup Bersama Teman Lelaki Di Bilik Hotel



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 94
Wanita Mabuk Tak Sedar Diperkosa Lelaki Bangladesh
sukawg
115007
Forum Jump: