Wanita Mati Lepas Bersalin Dalam Tandas Hotel Di Sabah

Offline
11-14-2017, 11:42 PM,
#1
resim
Kesan darah pada tandas bilik penginapan mangsa yang ditemui mati, pagi tadi. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

resim

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui mati, dipercayai akibat kehilangan banyak darah selepas melahirkan bayi lelaki di tandas sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, hari ini.

Mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui pekerja hotel terbabit kira-kira jam 7.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan.

"Mangsa dikatakan berada di hotel itu sejak pagi semalam. Sebaik polis tiba, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan keadaan tandas di bilik penginapannya juga berlumuran darah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Chandra berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk tindakan lanjut dan akan dibedah siasat selepas keluarganya berjaya dikesan.

"Bayi lelaki cukup sifat yang selamat dilahirkan dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris atau keluarga mangsa tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Inspektor Mustapha Rambli di talian 0198145090. - BHarian

Possibly Related Threads...
Nak Isi Minyak Tapi Tiada Duit, Lelaki Mengamuk Lepas Mahu Cagar Mykad Tak Dibenarkan
Lelaki Mati Serta-merta Dihempap Tangki Dedak Ayam
Selama 2 Dekad, Wanita Jepun Simpan 4 Mayat Bayi Dalam Baldi
Leader Nyaris Kena Tetak Downline Lepas Sertai Skim Pelaburan Cepat Kaya
Lelaki Baling Bom Petrol Ke Dalam Surau Di Damansara Damai
Acu Pistol, Bekas Menteri Sabah Dibebas Lepas Diambil Keterangan
Wanita Warga Emas Pandu Mini Cooper Disamun, Kereta Dilarikan
Lelaki Malaysia Edar Syabu Mati Ditembak Ketika Larikan Diri Di Indonesia
Jatuh Tersadung, Wanita Tercabut Lengan Lepas Dilanggar Keretapi
Wanita Hamil Mati Ditembak, Doktor Bedah Perut Mahu Selamatkan Bayi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 51
Wanita Mati Lepas Bersalin Dalam Tandas Hotel Di Sabah
sukawg
113656
Forum Jump: