Wanita Maut Lepas Terjun Ketika Polis Buat Serbuan Di Jalan Ipoh

Offline
08-22-2017, 08:24 AM,
#1
resim
MANGSA yang ditemui terbaring di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita warga Indonesia terjun dari tingkat dua sebuah premis pusat hiburan bagi melarikan diri mengundang padah apabila dia ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 20-an melarikan diri daripada pemeriksaan dijalankan pihak polis di sebuah pusat hiburan berhampiran lokasi kejadian dipercayai kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit terjun dari tingkat dua menyebabkan dia cedera di bahagian dada dan kaki.

“Menurut keterangan saksi, terdapat beberapa individu yang melihat mangsa terbaring di tepi jalan sebelum membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mayat wanita itu ditemui orang ramai di hadapan sebuah bank pada jarak 50 meter dari lokasi dia terjatuh kira-kira dua jam kemudian. Berdasarkan keterangan saksi, kami percaya mangsa ditinggalkan di lokasi terbabit selepas mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Munusamy berkata, ketika ditemui, mayat mangsa berpakaian lengkap.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di dada dan kaki. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 120 individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di pusat hiburan berkenaan.

“Kebanyakan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Selain itu, kami turut menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia kerana memiliki dadah jenis amphetamine,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Pelajar Hentak Kepala Cikgu Dengan Batu Ketika Sedang Solat
Tahfiz Dibakar: Suspek Pernah Dibelasah Lepas Kencingkan Jalur Gemilang
Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Anak Anggota Polis
Lelaki Maut Perut Ditusuk Tanduk Kerbau Di Kuala Pilah
Budak Maut Terkena 67 Sengatan Tebuan Di Kuantan
Tahfiz Dibakar: Suspek Datang Semula Ke Lokasi, Buat-buat Tanya
Tahfiz Dibakar: Putus Urat Jari Ketika Selamatkan Pelajar
Lelaki Fitnah Polis Trafik Disaman Kerana Sun Shade Didenda Rm4,000
Rakaman Pawang Buaya Mati Dibaham Ketika Mahu Tangkap Buaya
Tahfiz Dibakar: Terpaksa Percepat Sidang Media Lepas Fakta Kes Bocor



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Wanita Maut Lepas Terjun Ketika Polis Buat Serbuan Di Jalan Ipoh
sukawg
112132
Forum Jump: