Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali

Online
01-14-2018, 07:35 AM,
#1
resim
WANITA Arab Saudi melihat perlawanan bola sepak antara pasukan Al-Ahli menentang Al-Batin di King Abdullah Sports City di Jeddah kelmarin. - REUTERS

resim
resim
resim
resim
resim
resim

JEDDAH – Golongan wanita di Arab Saudi buat kali pertama dibenarkan masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak kelmarin.

Kedatangan mereka disambut oleh wanita memakai abaya hitam dan jaket oren yang berdiri di pintu gerbang Stadium Raja Abdullah untuk mengarahkan masuk ke ruangan keluarga.

Golongan wanita membuat kemunculan pertama menonton pasukan al-Ahli berdepan al-Batin di bandar Jeddah bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan bersama pasangan, anak dan rakan-rakan.

Pihak Berkuasa Sukan Umum mengumumkan pada Oktober lalu bahawa stadium di Jeddah, Dammam dan Riyadh akan diubah suai untuk menampung tempat duduk keluarga bermula tahun ini.

“Sejujurnya, keputusan itu sepatutnya berlaku lebih lama dulu.

“Bagaimanapun syukur, ia berlaku pada masa yang tepat dan berharap akan menggembirakan golongan wanita,” kata seorang pengunjung, Muneera al-Ghamdi.

Keputusan yang membolehkan wanita menghadiri acara sukan terbuka adalah salah satu perubahan di negara itu dalam beberapa bulan ini. Ia disambut baik sebagai bukti trend progresif baharu di negara Islam yang sangat konservatif tersebut.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Jeddah membuka pusat pameran kereta pertama khusus untuk wanita, beberapa bulan selepas Arab Saudi mengumumkan membenarkan golongan itu hak untuk memandu.

Satu perlawanan bola sepak semalam di ibu kota Riyadh juga akan mengalu-alukan peminat wanita.

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, 32, telah dipuji kerana melakukan pembaharuan tersebut. – Reuters/Kosmo

Possibly Related Threads...
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Buat Video Lawak Parodi Boleh Jatuh Haram
Wanita New Zealand Jijik Pakaian Pramugari Malaysia Terlalu Seksi
Lebih Baik Mereka Nikah Sembunyi, Daripada Buat Maksiat
Wanita China Halang Pintu Tren Elak Suami Kena Tinggal
Wartawan Reuters Buat Liputan Rohingya Didakwa
Lelaki Tampar Wanita Tak Pakai Tudung Di Penang
Wanita Terkejut Tiba-tiba Mahu Bersalin, Tak Sedar Mengandung 9 Bulan
Cuma Salah Paham, Kata Wanita Yang Dilarikan Selepas Adegan Ugut Pancung



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali
sukawg
115090
Forum Jump: