Wanita Separuh Abad Didenda Rm4,000 Tawar Seks Kepada Polis

Offline
10-19-2017, 09:51 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian di sini, dua hari lepas.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.  

Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, di sini, pada jam 10.40 malam, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.  

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda itu.    

Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. - Bernama/Sinar

Possibly Related Threads...
Bekas Polis Didakwa Hisap Puting Dada Pelajar Lelaki
Isteri Orang Berpangkat Asp Dicekup Separuh Bogel Bersama Kekasih
Ruang Balai Sempit, Polis Dakwa Punca Tersentuh Dada Polis Wanita
Jari Dijolok Ke Dalam, Wanita Pukul Lelaki Cabul Hingga Tangan Sendiri Patah
Padah Julur Kepala, Wanita Bogel Maut Berlanggar Papan Tanda
Seks Dengan Isteri Bawah Umur Adalah Salah, Dianggap Rogol
Hantar Gambar Lucah Kepada Jiran, Lelaki Didenda Rm3,000
Cikgu Ditahan Lakukan Hubungan Seks Dengan 4 Pelajar Lelaki
Lelaki Dipenjara 30 Bulan Hantar Sms Lucah Kepada Cikgu
Seks Suka Sama Suka, Tukang Mozek Dipenjara 11 Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 411
Wanita Separuh Abad Didenda Rm4,000 Tawar Seks Kepada Polis
sukawg
113398
Forum Jump: