Wanita Terkejut Bayar Hampir Rm350 Untuk Ikan Bilis

Offline
01-05-2018, 11:06 PM,
#1
resim
Foto sumber Facebook

PETALING JAYA - Seorang wanita terkejut bukan kepalang lagi apabila terpaksa membayar RM348 untuk sebungkus ikan bilis.

Dalam posting yang dimuatnaik mangsa di Facbook Selasa lalu, wanita tersebut menceritakan pengalamannya memberi barang dapur dalam kuantiti banyak.

"Akak tu (juruwang) bagitahu total barang RM586.75. Muka dengan penuh reda hulur RM600 dengan berbaki RM13.25," kata wanita terbabit.

Kata mangsa, beliau memeriksa resit di dalam keretanya kerana beliau 'pelik dari mana barang yang boleh cecah sampai 600 ringgit'.

"Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan tiada.

"Yang ada 'Silverside CTN' yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu.

Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis," jelas mangsa.

Kata mangsa lagi, beliau kembali ke kaunter untuk mengadu mengenai kesilapan berkenaan dan berjaya memperoleh wangnya kembali.

"Nak pesan rajin-rajinkanlah tengok balik resit yang kita dapat tu,

jumlah barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli," pesan beliau. - Sinar

====

Nik Yam Chik Zainab
2 January

Cerita hari ini.
Nasib menyebelahi.

Habis je exam terus ke market untuk shopping barang dapur.
Barang boleh katakan agak banyak dan kira-kira memang akan habis dalam 200+.
Dan bila sampai kat kaunter,
akak tu bagitau total barang RM586.75
Muka dengan penuh redha hulur RM600 dengan berbaki RM13.25.

Naik kereta terus belek resit.
Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang nak dibeli tak tercicir.
Pelik sebab datang dari mana barang yang boleh cecah sampai 600 ringgit tu.

Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan takdek.

Yang ada 'Silverside CTN' yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu.
Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis.
Dan lihatlah apa yang saya dapat (refer gambar ke-3)

Ikan bilis yang berharga RM2.24 tiba-tiba jadi RM348.
Turun kereta pegi balik kat kaunter dan bagitau yang dorang da silap kira.
Dan Alhamdulillah, duit dapat balik.

Nak pesan je.
Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu
Total barang tu betol ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli.
Dan moga ni kejadian yang terakhir.
ok. Bye.

resim
resim

Possibly Related Threads...
Siang Lelaki, Malam Berubah Menjadi Wanita Ayu Di Melaka
Wanita Dirakam Keringkan Seluar Dalam Ketika Dalam Penerbangan
Beli Hartanah Untuk Jual Semula Tidak Lagi Boleh Buat Untung Besar
Penduduk Berpesta Tangkap Ikan, Udang Galah ' Mabuk'
Wanita Lahir Dari Sperma Derma Berjaya Kesan 40 Adik Beradik Yang Lain
Wanita Ditahan Gara-gara Letak Nota Minta Ambulans Dialihkan
Bookie Tawar Rm300,000 Untuk Kalah, Sedangkan Hadiah Kemenangan Cuma Rm23,000
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Bookie Tawar Rm100,000 Untuk Atur Final Piala Malaysia
Bayi Ditahan Selama 5 Bulan Dibebas Lepas Ibu Bayar Bil Hospital



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Wanita Terkejut Bayar Hampir Rm350 Untuk Ikan Bilis
sukawg
114944
Forum Jump: