Wanita Warga Emas Pandu Mini Cooper Disamun, Kereta Dilarikan

Online
11-20-2017, 11:17 PM,
#1
resim
MESEJ berkenaan kejadian menimpa mangsa mula viral di Facebook dan Whatsapp sejak pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam cedera manakala kenderaan serta barangan berharga miliknya lesap dipercayai dilarikan penjenayah dalam kejadian di Jalan 3/6 Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, dekat sini, semalam.

Wanita berusia 67 tahun itu pada mulanya ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar di tepi jalan oleh seorang jiran dengan kesan cedera di muka dan belakang kanan kepala, kira-kira jam 7.15 malam.

Mangsa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta berhampiran untuk rawatan sebelum warisnya dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menantu mangsa, Shahirul Ikram Shaharuddin, 34, berkata dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam selepas dihubungi kakak iparnya dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum ke pusat perubatan swasta di mana ibu mentuanya dirawat.

Menurut beliau, sebelum kejadian, ibu mentuanya keluar bersendirian ke rumah rakannya yang juga terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi untuk menghantar cenderahati yang dibeli dalam lawatannya ke Terengganu, baru-baru ini.

"Ibu dipercayai dalam perjalanan balik ke rumah apabila dia disamun.

"Kereta jenis Mini Cooper S berwarna kelabu yang dipandunya lesap termasuklah barangan berharga lain miliknya yang ada dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kata beliau, ibu mentuanya menerima rawatan lanjut di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil namun masih belum dapat mengingati keseluruhan kejadian yang menimpanya.

Sehubungan itu, katanya satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bangi malam tadi, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dilanggar dari arah belakang menyebabkan muka mangsa terhantuk kepada stereng kereta dan tidak sedarkan diri. 

"Mangsa tidak pasti suspek menggunakan senjata atau tidak semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa sudah dibenarkan keluar dari HS selepas menerima dua jahitan di kepala dan empat jahitan di bahagian mulut.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Berita mengenai kejadian yang menimpa mangsa viral di media sosial terutamanya Facebook dan WhatsApp sejak awal pagi tadi. - BHarian

Possibly Related Threads...
Wanita Dibunuh, Dibogelkan Di Shah Alam
5 Polis Rompak Rm35,000 Di Kedai Emas Jalan Masjid India
Suami Bunuh, Kerat, Bakar Isteri Sendiri Kerana Minta Kereta
Wanita Mengandung Maut Dihempap Rak Kasut Di Shah Alam
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Wanita Mengaku Salah Belah Perut Gadis Hamil Untuk Ambil Bayi
Nahas 3 Kereta, Treler Dekat Mrsm Lenggong, 3 Maut
Wanita Maut Viva Dinaiki 7 Orang Terbabas
Wanita Dilarikan 3 Lelaki Naik Mercedes Ditemui Selamat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 97
Wanita Warga Emas Pandu Mini Cooper Disamun, Kereta Dilarikan
sukawg
113790
Forum Jump: