Warga Asing Majoriti Pejuang Is

Offline
06-04-2015, 09:53 PM,
#1
PARIS – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menyatakan, majoriti pejuang kumpulan Islamic State (IS) merupakan warga asing semasa melawat Paris untuk meraih sokongan antarabangsa bagi memerangi IS.

“Apa yang saya lihat di Iraq, kemasukan pejuang asing sekarang adalah lebih banyak daripada dahulu,” kata Haider kepada wartawan beberapa jam sebelum menyertai mesyuarat bersama 20 menteri luar daripada pakatan anti-IS yang diketuai oleh Amerika Syarikat di Paris.

“Masalah ini adalah masalah antarabangsa yang perlu diselesaikan,” tambahnya.

Menurut Haider, sebelum ini, kira-kira enam daripada 10 pejuang IS merupakan warga Iraq namun keadaan sekarang adalah sebaliknya.

“IS kini mewujudkan generasi pejuang yang baharu, berdedikasi dan berideologi. Mereka bersedia untuk mati namun mereka bukannya pengebom berani mati,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas beberapa serangan pengebom berani mati ke atas anggota polis di Iraq menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh.

Serangan berkenaan bertujuan untuk mengambil semula bandar Ramadi yang kini menjadi fokus utama dalam perbincangan yang diadakan di Paris. – AFP

Possibly Related Threads...
80,000 Pejuang Asing Banjiri Syria Melalui Turki Dan Jordan
Tahanan Is Warga Us Mengaku Memeluk Islam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 643
Warga Asing Majoriti Pejuang Is
NorCun
96136
Forum Jump: