Warga Emas Cuba Bunuh Diri Pandu Lawan Arus Di Npe

Offline
01-19-2018, 04:37 PM,
#1




resim
VIDEO warga emas memandu dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) yang tular di laman sosial sejak pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dipercayai cuba membunuh diri dengan memandu dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini, petang semalam.

Dalam satu video berdurasi 5.06 saat yang tular di laman sosial sejak pagi tadi, warga emas berusia 68 tahun itu memandu kereta Perodua Axia, berwarna putih, kira-kira jam 4.50 petang.

Dia dipercayai melalui susur masuk ke Lebuhraya NPE di Jalan Petaling, sebelum memusing keretanya dan melawan arus di laluan Subang menuju ke arah Pantai Dalam.

Tindakan itu disedari beberapa petugas dan anggota peronda lebuhraya dan terus mengekori warga emas terbabit dengan bantuan beberapa orang awam yang menunggang motosikal.

Sumber berkata, lelaki itu meneruskan pemanduan di lorong bertentangan meskipun laluan itu agak sesak dengan kenderaan lain yang bertali arus.

"Kumpulan peronda lebuhraya bermotosikal terbabit mengekori dan cuba menghalang tindakannya dengan mengetuk bumbung dan pintu kereta tetapi tidak diendahkan.

"Lelaki itu terus memandu sambil diekori peronda sehingga ke Jalan Templer, Petaling Jaya bagi menghentikan tindakannya," katanya ketika dihubungi BH.

Katanya, lelaki itu kemudian memperlahankan pemanduan apabila terhalang oleh kenderaan lain yang datang dari arah Subang, sebelum bertindak memusingkan keretanya.

"Beberapa pekerja peronda lebuhraya yang mengekorinya kemudian menahan dan memberhentikan kereta lelaki terbabit.

Dia kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata semasa ditahan lelaki terbabit didapati berada dalam keadaan nyanyuk selain turut membuang air besar dalam kereta.

"Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri.

"Peronda kemudian menghubungi anaknya dan mengarahkan dia dibawa pulang. Tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Warga Britain Biadap Ganggu Jiran, Pasang Lampu Spotlight 24 Jam
4 Pengarah Pelaburan Emas Genneva Dipenjara 8 Tahun
Polis Buru Lelaki Tendang Warga Emas Tunggang Motosikal Hingga Terjatuh
Penduduk Pecahkan Kubur Lepas Dengar Jeritan, Temui Kesan Mayat Cuba Keluar
Rakaman Cctv Dedah Pelajar Bunuh Diri Memang Ambil Iphone Cikgu
Lelaki Thai Bunuh Diri Lepas Tiket Loteri Menang Rm5 Juta Hilang
Pilot Sukhoi Russia Yang Jatuh Ditembak Letupkan Diri Sendiri Elak Ditahan
Wanita Pandu Myvi Langgar Budak 3 Tahun Diminta Tampil
Kopi Durian: Ada Wanita Cina Beri Sebelum Hilangkan Diri, Mungkin Dicampur Dadah
Hati-hati Terbeli Tauge Jijik Ditanam Warga Bangladesh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Warga Emas Cuba Bunuh Diri Pandu Lawan Arus Di Npe
sukawg
115259
Forum Jump: