Warga Emas Nyanyuk Ditahan Pandu Lawan Arus Di Penang

Offline
03-27-2018, 12:52 AM,
#1




Sebuah kereta (bulatan merah) yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Kepala Batas, malam semalam. - IMEJ PEGUN VIDEO

KEPALA BATAS 26 Mac - Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan seorang lelaki warga emas yang dikesan memandu melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, lelaki berusia 76 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Ria Murni, Sungai Petani menuju ke Taman Intan di kawasan sama tetapi tersesat sehingga ke Butterworth.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki itu yang dipercayai nyanyuk cuba berpatah balik ke arah Perai di Kilometer 7.5.

"Lelaki itu dikesan memandu kereta jenis Toyota Altis secara melawan arus di LLB sebelum tersekat di lorong Smart Tag Plaza Tol Perai.

"Dia kemudiannya ditahan sebelum dipukul oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di plaza tol itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lelaki itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan.

Video insiden itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

=============

POLIS menahan warga emas kerana disyaki memandu kereta secara melawan arus, di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor berkata, warga emas berusia 76 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Ria Murni menghala ke Taman Intan, Sungai Petani, Kedah.

Katanya, suspek dikatakan tidak ingat laluan, dipercayai akibat nyanyuk dan sesat hingga ke kawasan BORR sebelum berpatah balik menghala ke Perai, Pulau Pinang secara melawan arus dengan rakaman videonya tular di laman sosial, sejak petang tadi.

"Berdasarkan pergerakan dipaparkan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) konsesi BORR, suspek dikatakan memandu secara melawan arus dari Kilometer (KM) 7.45 lebuh raya berkenaan.

"Rakaman suspek melawan arus hanya dapat dikenal pasti dari KM 7.45 dan KM 3 - Jambatan Perai. Bagaimanapun, lokasi sebenar dia membuat pusingan U tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat diperoleh daripada plaza Tol Bagan Ajam.

"Suspek kemudian memberhentikan keretanya ketika tiba di Tol Perai, sebelum dia dipukul sekumpulan penunggang motosikal dengan kes pergaduhan itu disiasat polis di Daerah Seberang Perai Tengah," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Beliau berkata, semakan ke atas suspek mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod saman trafik, selain turut dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi menjalani beberapa ujian berkaitan.

"Suspek menjalani ujian CT scan bagi mengenal pasti kesahihan penyakit pelupa atau nyanyuk, selain sampel darahnya turut diambil untuk ujian alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

==========

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-lelaki-warga-emas-ditahan-pandu-lawan-arus-1.635576
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/324848/alamak-atuk-nak-pergi-mana-tu

Possibly Related Threads...
Gadis Diculik Gara-gara Komen Di Facebook, 7 Ditahan
Lelaki Pandu Kereta Sambil Bawa Pisau Dipenjara 5 Tahun
Ketua Balai Polis Di Melaka Ditahan Minta Rasuah Rm6,000
Tak Padan Perempuan, 2 Gadis Muda Ditahan Curi Motosikal
Sudah Macam Ahlong, 2 Lelaki Ditahan Kurung Wanita Tak Bayar Sewa
Samun Guna Proton Persona Ibu Mertua, 2 Suspek Ditahan Lepas Sejam
Warga Emas Ditemui Mati Dijerut Tuala Di Alor Setar
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Sarjan Polis Ditahan Sprm Minta Rasuah Rm13,000
Penyamun Masuk Perangkap, Ditahan Jual Kamera Kepada Pemiliknya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 284
Warga Emas Nyanyuk Ditahan Pandu Lawan Arus Di Penang
NorCun
116329
Forum Jump: