Warga Emas Rayu Bantuan Bina Rumah, Malam Masih Guna Pelita

Offline
12-14-2014, 02:29 AM,
#1
resim
YUSUFF HAMZAH dan Mudminat Ismail mendiami rumah yang dibina berdasarkan kemampuan semasa hasil jualan getah skrap di Kampung Tadop, Baling, Kedah. – MINGGUAN/NORLIA RAM

BALING 13 Dis – Dengan pendapatan bulanan sekitar RM500 sebulan hasil jualan getah sekerap, sepasang warga emas berusia lebih 60 tahun hanya mampu membina rumah kecil sedikit demi sedikit untuk menjadi tempat buat mereka berteduh.

Menurut pasangan itu, Yusuff Hamzah, 63 dan isterinya, Mudminat Ismail, 63, bukan sekali beberapa individu tidak dikenali datang menjanjikan bantuan tetapi janji hanya tinggal janji menyebabkan rumah yang dibinanya sejak lima tahun lalu masih belum siap sepenuhnya.

Malah kata Yusuff, dalam keadaan miskin begitu pun, mereka pernah ditipu syarikat gores dan menang menyebabkannya kerugian kira-kira RM100.

“Macam-macam orang yang datang. Ada yang kata dari pejabat Yang Berhormat (YB) tertentu dan ahli politik, tetapi bantuan tidak juga datang seperti dijanjikan.

“Pernah sekali saya dibawa ke bank untuk mengeluarkan RM100 dan memberikan kepada seseorang. Rupanya saya ditipu sindiket gores dan menang,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik itu tidak dapat dibinanya secara konsisten memandangkan beliau perlu mengumpul duit sendiri untuk membeli bata, simen serta bahan keperluan lain.

“Dalam keadaan begini, saya jangkakan rumah ini akan siap dalam tempoh beberapa tahun lagi. Justeru, saya memohon jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulur bantuan bagi membolehkan saya membeli barangan berkaitan tersebut,” katanya yang hanya bergantung kepada cahaya pelita pada waktu malam.

Possibly Related Threads...
Warga Emas Lebih Suka Tinggal Bawah Jambatan Sejak Setahun Lalu
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Jkm Berhentikan Bantuan Izzarah Sofea
Diusir Dari Rumah Sewa, 4 Beranak Duduk Dalam Reban Ayam
Lelaki Hidap Kanser Gusi Perlukan Bantuan
Warga Emas Oku Lebih Rela Tinggal Di Parkir Motosikal
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
Mohon Bantuan Adik Farisha Hidap Kanser Mata
Minta Bantuan Dana Pembedahan Adik Ismail Zhafran
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 465
Warga Emas Rayu Bantuan Bina Rumah, Malam Masih Guna Pelita
sukawg
91265
Forum Jump: