Warga Emas Rugi Rm140,000 Lepas Melabur Dalam Forex

Online
12-07-2017, 08:02 PM,
#1
resim
ASISTEN Komisioner Idris Abd Rafar. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara berputih mata selepas hasratnya menambah simpanan dengan menyertai pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) menyebabkannya kerugian RM140,000.

Lelaki berusia 56 tahun itu mula melabur sehingga RM370,000 secara berperingkat dengan agensi pelaburan di Kelantan sejak Mac tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, berkata urusan pelaburan berjalan lancar pada peringkat awal apabila agensi berkenaan membuat pembayaran semula keuntungan secara berperingkat ke dalam akaun mangsa seperti dijanjikan.

Bagaimanapun, katanya, agensi pelaburan itu hanya membuat pembayaran semula sehingga November tahun lalu, sebelum berjanji menjelaskan baki pelaburan mangsa sebanyak RM140,000 pada Disember tahun lalu.

"Mangsa yang mempercayai agensi pelaburan itu hanya menunggu wang pelaburannya.

"Namun, sehingga kini apa yang dijanjikan agensi pelaburan berkenaan tidak ditepati. Malah, usaha mangsa menghubungi agensi berkenaan gagal apabila talian telefon yang digunakan tidak lagi aktif.

"Selepas pelbagai usaha menjejaki agensi pelaburan itu gagal, mangsa menyedari dia ditipu. Mangsa membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan," katanya.

Idris berkata, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lebih Sejuta Kenderaan Dijangka Terlibat Dalam Kemalangan Tahun Depan
5 Polis Rompak Rm35,000 Di Kedai Emas Jalan Masjid India
Bau Busuk Meloyakan Rupanya Ada Mayat Reput Dalam Myvi
Tak Rela, Remaja Bunuh Diri Lepas Dipaksa Kahwin Dengan Kakak Ipar
Remaja Main Bola Sepak Maut Lepas Tersentuh Tiang Elektrik
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Kena Tipu Bomoh, Ahli Perniagaan Rugi Hampir Rm1 Juta
Beruk Bikin Kecoh Lepas Tersesat Masuk Rumah
Biar Pun Pakai Kasut, Pencakar Tembus Kaki Lepas Terpijak
Isteri Selama 5 Bulan Tinggal Bersama Mayat Suami Lepas Bunuh, Kerat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Warga Emas Rugi Rm140,000 Lepas Melabur Dalam Forex
sukawg
114160
Forum Jump: