Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami

Offline
08-11-2015, 08:51 PM,
#1
resim

ALOR SETAR: Seorang warga emas berumur 74 tahun terpaksa menjadikan bekas bangsal lembu milik arwah suaminya sebagai tempat berteduh di Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah sejak tiga tahun lepas berikutan kesempitan hidup.

Che Su Jusoh yang tinggal seorang diri selepas kematian suaminya 20 tahun lalu terpaksa menghuni bangsal itu yang diubahsuai menjadi pondok usang yang serba kekurangan itu.

"Sebelum ini makcik tinggal di rumah sewa di sekitar Kuala Kedah tetapi terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar duit sewa. Makcik mengambil keputusan pulang ke kampung dan mengupah penduduk kampung memmaiki bangsal lembu milik arwah suami untuk dijadikan tempat tinggal," katanya pada Selasa.

Keadaan rumah yang berdindingkan zink dan berlantaikan kayu hasil bahan terbuang itu menyebabkannya selesa untuk menjalankan kehidupan seharian, katanya.

Che Su berkata bagaimanapun dia sukar untuk mengerjakan solat kerana keadaan rumah yang sempit kerana hanya terdapat ruang tidur sahaja dan dia terpaksa melakukan segala aktiviti di ruang tersebut.

"Memang kemudahan kurang kerana keadaan rumah tetapi mak cik nak buat macam mana. Mak cik tak mampu nak baiki atau tambah baik rumah kerana tidak larat untuk bekerja kerana sudah berusia," katanya.

Beliau hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Bilik air yang tidak berdinding dan berbumbung juga menimbulkan kebimbangan terhadap kehadiran binatang liar seperti ular yang datang dari semak samun di belakang rumah, katanya.

Sementara itu, cucunya, Adam Suhari Md Shukri, 20, sanggup menemani neneknya kerana bimbang akan keselamatannya dan meminta bantuan sekiranya ada pihak yang sudi menyediakan kediaman baru buat neneknya.

Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat sedemikian melalui akaun CIMB Bank miliknya (0203-000-4114-20-8). - MStar

Possibly Related Threads...
Warga Emas Lebih Suka Tinggal Bawah Jambatan Sejak Setahun Lalu
Tak Mampu Bayar Sewa, 10 Beranak Bersempit Tinggal Bawah Khemah
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Diusir Dari Rumah Sewa, 4 Beranak Duduk Dalam Reban Ayam
Ibu Wariskan Semua Harta Demi Anak Bawa Padah, Ditinggalkan Sejak 3 Tahun Lepas
Suami Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5km Dengan Kerusi Roda Untuk Ke Hospital
Warga Emas Oku Lebih Rela Tinggal Di Parkir Motosikal
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak
Suami Tabah Jaga Isteri Hidap Kanser Otak
Warga Emas Rayu Bantuan Bina Rumah, Malam Masih Guna Pelita



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 579
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
sukawg
97624
Forum Jump: