Warna Kegemaran Rasulullah Saw

Offline
01-23-2013, 11:18 AM,
#1
.
Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad ﷺ, sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda ﷺ turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.

Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : “Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah ﷺ juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.
Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.”
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺ memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah hijau.”
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”
Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ﷺ pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah ﷺ berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi ﷺ keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ﷺ menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”


resim

Possibly Related Threads...
3 Helai Rambut Rasulullah Antara Tarikan Pameran Di Melaka
Kisah Seorang Lelaki Yg Ingin Memukul Rasulullah Saw
Qasidah Ishfaq Lana - Darul Hadis. Syafaatkan Kami Ya Rasulullah
Qasidah Isyfa'lana Ya Rasulullah Ya Nabi "lirik" Please Share
Ilmu Perubatan Islam : Rasulullah Saw Tidak Pernah Ubati Pesakit Yg Datang Berjumpa
Baka Kucing Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎
Makanan Kegemaran Rasululah S.a.w
Senarai Tentera Badar Al-kubra Yang Diketuai Oleh Rasulullah S.a.w-313 Vs 1000
Cara Rasulullah Saw Sambut Ramadhan
Sayangnya Rasulullah Kepada Umatnya
Online
01-23-2013, 11:21 AM,
#2
betoi tu ... banyak warna Big GrinBig GrinBig GrinD

p/s warna ijau la Big GrinBig GrinBig Grin
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 1509
Warna Kegemaran Rasulullah Saw
Geesya
66444
Forum Jump: