Wartawan Reuters Buat Liputan Rohingya Didakwa

Online
01-11-2018, 07:38 AM,
#1
resim
WARTAWAN Reuters, Wa Lone (tengah) and Kyaw Soe Oo (kiri atas) diiringi polis selepas prosiding semalam. FOTO EPA-EFE

Yangon: Dua wartawan Reuters didakwa di mahkamah semalam kerana melanggar undang-undang kerahsiaan era penjajah yang membawa hukuman sehingga 14 tahun penjara disebabkan liputan membabitkan kempen ketenteraan terhadap Rohingya di Rakhine.

Dua wartawan warga tempatan, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, itu ditahan sebulan lalu mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana dikatakan diberi dokumen rahsia oleh dua anggota polis ketika makan malam.

Mereka membuat liputan mengenai kempen ketenteraan yang memaksa kira-kira 655,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak Ogos lalu.

Isu itu amat sensitif di Myanmar, di mana pihak berkuasa menafikan melakukan salah laku dan mendakwa tentera hanya menjalankan tindakan keras terhadap militan daripada etnik itu.

Hakim daerah berkata, dua wartawan itu didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi yang menghukum sesiapa saja yang memperoleh, mengumpul, merekod atau menerbitkan sebarang dokumen atau maklumat rasmi yang mungkin berguna kepada musuh.

Wartawan berkenaan akan dihadapkan semula ke mahkamah 23 Januari depan untuk hujahan, sementara hakim memutuskan sama ada kes itu boleh diteruskan.

Kes terhadap wartawan Reuters itu sekali gus mengejutkan organisasi akhbar yang sedia berdepan masalah di negara itu.

Wartawan yang membuat liputan mengenai prosiding semalam berpakaian hitam sebagai bantahan terhadap penahanan rakan mereka dan membawa sepanduk mendakwa ‘Kewartawanan bukan satu jenayah.’

Peguam bela Khin Maung Zaw berkata, permohonan jaminan mereka ditolak.

Sementara itu, kumpulan hak asasi turut mengecam penahanan mereka.

“Dakwaan ini adalah tidak munasabah dan perlu dihentikan. Kedua-dua wartawan itu perlu dibebaskan segera tanpa syarat,” kata timbalan pengarah Human Rights Watch Asia. - Metro

Possibly Related Threads...
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Buat Video Lawak Parodi Boleh Jatuh Haram
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Mat Kantin, Individu Didakwa Kawal Tender Sekolah
Wanita Saudi Tonton Bola Sepak Di Stadium Buat Pertama Kali
Lebih Baik Mereka Nikah Sembunyi, Daripada Buat Maksiat
Guru Pasti Didakwa Cederakan Budak 6 Tahun
Cikgu Idzahril Akan Didakwa Kerana Pukul Pelajar
Terpotong Kepala Zakar Ketika Khatan, Doktor Didakwa
Viral Gadis Kelantan Sedang Khayal Buat Facebook Live



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Wartawan Reuters Buat Liputan Rohingya Didakwa
sukawg
115033
Forum Jump: