Whatsapp Adalah Nombor 1

Offline
08-08-2017, 07:20 AM,
#1
resim

MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA 7 Ogos – Facebook jauh mendahului pesaingnya dengan empat aplikasi mencatatkan bilangan muat turun paling tinggi menerusi sistem operasi Android bulan lalu.

Menurut carta oleh Statista, empat aplikasi milik Facebook iaitu WhatsApp, Messenger, Facebook dan Instagram berada di tangga teratas dengan gabungan muat turun berjumlah 297 juta.

WhatsApp merupakan ‘bintang utama’ dalam kumpulan tersebut dengan sebanyak 103.64 juta muat turun, diikuti oleh Messenger (84.48 juta), Facebook (40.99 juta) serta Instagram (39.68 juta).

Facebook memperoleh WhatsApp pada Februari 2014 dengan harga AS$19 bilion (RM81.38 bilion), dan sejak pengambilalihan, perkhidmatan pesanan terbabit semakin berkembang pesat.

Disebabkan itu, pengasas WhatsApp, Jan Koum muncul tempat ketiga dalam kalangan jutawan media sosial global dengan anggaran nilai bersih AS$9 bilion (RM38.5 bilion) pada Mac 2017.

Dalam satu perkongsian blog pada 26 Julai lalu, WhatsApp berkata bahawa mereka telah mempunyai seramai satu bilion pengguna aktif harian serta 1.3 bilion pengguna aktif bulanan.

Selain itu juga, sebanyak 55 bilion mesej, 4.5 bilion foto atau gambar serta satu bilion video dikongsi dan dihantar setiap hari menerusi platform berke­naan setakat tempoh tersebut.

Memenuhi senarai carta 10 teratas berkenaan ialah Snapchat (22.99 juta), Facebook Lite (19.25 juta), Subway Surfers (13.36 juta), Spotify (10.46 juta), Wish (10.34 juta) dan Messenger Lite (9.29 juta). – Agensi/Utusan

Possibly Related Threads...
Malaysia Terunggul Di Dunia Guna Whatsapp
1 Bilion Aktif Guna Whatsapp Setiap Hari
Skmm Nafi Viral Rakam, Rekod Panggilan Telefon, Whatsapp
Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara
Brazil Sekali Lagi Sekat Khidmat Whatsapp
Whatsapp Bakal Lancar Panggilan Video Dan Peti Suara?
Digantung 72 Jam, Whatsapp Kembali Di Brazil
Hakim Brazil Arah Servis Whatsapp Digantung
Whatsapp Perkenal Aturan Kod Berkunci, Hanya Boleh Diakses Penghantar, Penerima
Whatsapp Perkenal Ciri Bold, Italics, Strikethrough



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 122
Whatsapp Adalah Nombor 1
sukawg
111882
Forum Jump: